Penuntut UMT maut, 3 rakan parah kereta terbabas di LPT2

Penuntut UMT maut, 3 rakan parah kereta terbabas di LPT2

Seorang penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) maut manakala tiga rakannya parah selepas kereta dinaiki terbabas dalam kejadian di Kilometer 312.4 Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2), dekat Kijal, petang semalam.

Mangsa Muhamad Fathol Harris Muhamad Asri ,21, berasal dari Sungai Semambu Bagan Serai, Perak disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala, dalam kejadian kira-kira 5.20 petang itu.



Ketua Polis Kemaman, Hanyan Ramlan, berkata mereka yang parah ialah pemandu kereta, Ignatius Suren Santhanasamy, 21, Noramirah Syahirah Abdullah, 21, dan Nur Farah Shakirah Mohd Hishamudin, 23.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke kampus UMT dari Kuantan.

“Semua mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang selepas selesai menyertai kerja kursus di Rumah Perlindungan Jagaan dan Rawatan Casa Femina, Taman Tok Sira Kuantan.

“Kemalangan berlaku apabila Perodua Alza dinaiki hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik menyebabkan semua mangsa tercampak keluar kenderaan,” katanya menurut Harian Metro.



Katanya, kemalangan itu turut menyebabkan dua lagi rakan mangsa, Nur Mazni Andri, 21 dan Azira Adriana Natasha Amirul Faris, 21, cedera ringan.

“Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan lanjut. Mayat mangsa yang maut pula dihantar ke Bilik Forensik hospital Kemaman untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. FMT

Penuntut UMT maut, 3 rakan parah kereta terbabas di LPT2



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan



Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024

Maaf ya pelakon bermasalah



Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker