Britain sudah ‘kehabisan’ hantu

Kebanyakan hantu di Britai sudah tidak aktif, berpindah atau sudah terlalu tua untuk wujud di alam manusia. – Google

LONDON – Seorang pakar aktiviti paranormal mendakwa bahawa Britain sudah ‘kehabisan’ hantu disebabkan kebanyakan roh  telah  berhijrah ke alam lain, lapor akhbar Daily Star UK, kelmarin.

Penyelidik paranormal, Dr. Paul Lee menganggap warisan hantu Britain berada dalam kemerosotan yang mendalam kerana banyak hantu tidak aktif atau telah berpindah ke tempat lain.

“Sejak Januari 2020, saya telah menghubungi semua lokasi yang dilaporkan berhantu dan bertanya sama ada penduduk, pemilik atau kakitangan di kawasan mengalami sebarang aktiviti yang tidak dapat dijelaskan.

“Setakat ini, saya telah menerima hampir 800 maklum balas  termasuk yang melibatkan beberapa lokasi dikatakan sangat berhantu seperti Istana Conisbrough di South Yorkshire, Hotel Ettington Park di Stratford.

“Mereka menyatakan tidak mengalami apa-apa peristiwa mistik dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Nampaknya, kebanyakan hantu yang dahulunya terkenal,  sama ada sudah tidak aktif atau telah pudar atau berpindah. Satu lagi kemungkinan adalah roh yang sudah tua telah berpindah ke ‘alam sana’ dan tidak lagi mampu wujud di alam manusia,” jelasnya.

Namun begitu, Lee yang mempunyai ijazah kedoktoran dalam bidang fizik nuklear berpendapat bahawa mungkin hantu-hantu itu boleh dicas semula. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara

Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS

Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker