Mengeluh bayar RM420 servis kereta H

Mengeluh bayar RM420 servis kereta H

Tular di media sosial baru-baru ini mengenai keluhan seorang pengguna kereta import berjenama Honda yang berasa terbeban ketika membawa kenderaan miliknya untuk diservis.

Individu itu mendakwa caj yang dikenakan untuk urusan servis kereta jenis Honda City itu terlalu ‘keras’ dan mahal.



Tulisnya, dia telah dikenakan harga RM420 untuk servis 20,000km Honda City miliknya. Individu itu kemudian bertanyakan netizen tentang cadangan untuk mengurangkan kos harga servis.

Perkongsian itu kemudian menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya berpendapat bahawa caj tersebut adalah berpatutan, tidak terlalu mahal.

Nasihat netizen lagi, setiap orang perlu memikirkan poket dan komitmen sendiri sebelum mengambil keputusan untuk memiliki kenderaan import.

Malah sebelum kita membeli kereta kita boleh lihat carta yang disediakan di bilik pameran jualan kereta tentang servis yang bakal dialakukan dan jumlah harganya sekali. Kalau rasa tak mampu jangan beli kereta tersebut. Cari yang lebih murah.



Kata netizen, lebih baik beli kereta jenama tempatan yang jauh lebih murah dan berpatutan.

Mengeluh bayar RM420 servis kereta H

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery



Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker