Bank pusat India naikkan kadar faedah bagi kawal inflasi



NEW DELHI – Bank pusat India menaikkan kadar faedah utamanya pada Rabu, tindakan pertamanya dalam tempoh beberapa tahun yang menjadi antara usaha bagi mengawal inflasi di negara tersebut.

Pihak Reserve Bank of India (RBI) bertindak menaikkan kadar pinjaman sebanyak 40 mata asas kepada 4.40 peratus selepas melakukan penilaian terhadap keadaan ekonomi semasa.

Dalam kenyataannya, Gabenor RBI, Shaktikanta Das berkata, impak susulan perang Rusia-Ukraine telah memberi tekanan ke atas inflasi dengan kesannya turut ketara di peringkat global.

“Memandangkan perang tersebut disusuli dengan langkah sekatan serta tindak balas yang kian ketara, elemen lain seperti kekurangan dan ketidaktentuan dalam pasaran komoditi dan kewangan, masalah bekalan dan paling membimbangkan adalah tekanan inflasi yang terus meruncing,” katanya.

Das berkata, tekanan bebanan hutang juga semakin ketara di negara-negara sedang membangun di tengah-tengah persekitaran aliran keluar dana asing serta penyusutan nilai mata wang.




“Pengumuman data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terbaharu juga menunjukkan bahawa pemulihan ekonomi global semakin tidak menentu,” katanya.

RBI juga memutuskan untuk melaksanakan aliran keluar mudah tunai daripada sistem perbankan dengan menaikkan nisbah rizab tunai (CRR) atau jumlah minimum deposit yang disimpan dalam bank pusat itu sebanyak 50 mata asas kepada 4.5 peratus.

Peningkatan aliran keluar mudah tunai menerusi CRR adalah dianggarkan 870 bilion rupee (AS$11.4 bilion), kata RBI.

Gabenor bank pusat India itu turut membangkitkan impak daripada faktor-faktor luaran seperti ketegangan geopolitik serta lonjakan harga bahan api terhadap peningkatan harga makanan di India.

“Inflasi membabitkan barangan sensitif yang relevan kepada India seperti minyak makan, juga berdepan kekurangan akibat konflik di Eropah serta larangan eksport oleh pengeluar-pengeluar utama.




“Peningkatan harga baja serta kos input lainnya juga memberi kesan langsung terhadap harga makanan di India,” katanya.

Menurut Das, peningkatan inflasi yang ketara kepada 7.0 peratus pada Mac tahun ini juga didorong oleh kenaikan harga makanan tertentu. – Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929




CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri



Leave a Reply

Your email address will not be published.