Pakar perubatan tegur Ustaz Hanafi promosi produk kesihatan

Pakar perubatan tegur Ustaz Hanafi promosi produk kesihatan

Seorang pakar perubatan dan buah pinggang menegur pendakwah bebas, Ustaz Hanafi mempromosi produk kesihatan yang didakwa boleh menyembuhkan tiga penyakit.

Dr. Rafidah Abdullah berkata, produk kesihatan yang dipromosikan oleh pendakwah itu tidak boleh menyembuhkan penyakit seperti yang didakwa.

Sebaliknya, menurut pakar perubatan itu, produk berkenaan boleh mengundang bahaya kepada pengguna.

“Lihat perbincangan di bawah posting ustaz. Tahukah anda jikalah ubat cair darah itu warfarin-tambah dengan tumbuh-tumbuhan – ia boleh menjadikan darah terlampau cair dan pendarahan.

“Pendarahan usus, pendarahan otak dan boleh membawa maut.

“Do not give such advise. Saya hanya mampu mendoakan pesakit tidak dapat kesan sampingan yang teruk,” kata Dr. Rafidah.

Beliau menegaskan adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Iklan dan Ubat 1956 sekiranya seseorang menyebut sebarang penyakit dalam mempromosikan produk kesihatan.

Dr. Rafidah yang bertugas di Hospital Putrajaya turut meminta supaya tidak ada golongan ustaz dan agamawan tidak terlibat dalam isu kesihatan.

“Seperti mana saya tidak menyentuh bidang agama di dalam posting saya, saya harap begitu juga ustaz dan para agamawan yang lain.

“Stay out of health issues and certainly do not mention, jangan sebut penyakit kronik. Please.

“Saya akan terus memberi pendapat professional saya kerana ini adalah bidang kepakaran saya,” katanya.

Ustaz Hanafi atau nama penuhnya Mohamed Hanafiah Abdul Malek dalam hantarannya di sebuah laman sosial berkata, produk kesihatan berkenaan 95 peratus terbukti berkesaan terhadap mereka yang mengadapi masalah kesihatan terbabit.

Malah menurutnya, mereka yang telah mengamalkan produk kesihatan berkenaan tidak mendapat sebarang kesan sampingan.

Pada 2017 beliau disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat dan kini semakin sembuh. MG

Pakar perubatan tegur Ustaz Hanafi promosi produk kesihatan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘DINA’, ‘MIRA’ dan ‘J3H3’ disita

Misteri duit syiling timbul di permukaan tanah

Hilang ibu bapa berselang 12 jam di Aidilfitri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker