Hadi, Amar & Sanusi, 3 jahanam bermulut jahat dalam PAS – UMNO Kelantan
Perwakilan Umno Kelantan menganggap parti itu tidak boleh bekerjasama dengan PAS selagi ada “tiga jahanam” yang memimpin parti itu.
Menurut Zawawi Othman tiga pemimpin terbabit digelarkan begitu kerana dianggap “bermulut jahat.”
Mereka ialah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Mohd Amar Abdullah dan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor.
Menyampaikan perbahasannya di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, Zawawi berkata selama ini pemimpin tertinggi Umno tidak pernah melabel pemimpin PAS dengan gelaran yang buruk.
Itu berlaku, katanya, ketika PAS sendiri mengelar, menghina serta mempersenda Umno dengan pelbagai nama seperti itik patah kaki.
“Tetapi pemimpin PAS terutama tiga jahanam […] Presiden PAS, Haji Hadi; Nik Amar, dan juga Sanusi […] ini mulut-mulut jahat.
“Jadi, Umno kelantan tidak menolak PAS tapi menolak pemimpin-pemimpin PAS yang ada pada hari ini iaitu orang yang saya sebut ini.
“Kalau PAS menolak pemimpn-pemimpin mereka ini, kita boleh terima untuk bersama dengan PAS. Kalau tidak ada Haji Hadi, insya-Allah kita boleh berbincang (untuk bekerjasama) balik, tapi kalau ada dia, biarlah kita dengan kita, dia dengan dia,” katanya.
Dalam ucapannya itu juga Zawawi meminta Umno tidak menerima dengan mudah mana-mana wakil bekas wakil rakyat mereka yang ingin menyertai parti itu semula dari Bersatu.
Jika mereka mahu kembali, katanya, letakkan garis akhir (deadline) untuk wakil rakyat terbabit membuat keputusan.
Pada penghujung ucapannya juga Zawawi sempat memuji bekas perdana menteri Najib Razak, yang dirujuknya dengan gelaran popular ‘Bossku’.
Katanya ketika ini sebahagian daripada roh Umno ada pada Najib.
“Insya-Allah kita akan selamat jika permata-permata kita lima top five yang di atas bersama Bossku, bincanglah, fikirkanlah, satukanlah untuk kebahagiaan kami dan kami akan berjuang hingga ke titisan darah terakhir,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tengku Zafrul letak jawatan jika pengeluaran ‘one-off’ KWSP dibenarkan
- PM mahu KWSP pastikan pengeluaran khas RM10,000 dipermudahkan
- Pengeluaran KWSP, UMNO berjaya! Ikrar akan terus juarai isu rakyat
- Farhash sindir ‘Raja Formula’ selepas Rafizi umum tanding timbalan presiden
- Dua wanita jual ‘karipap malam’ dirumah dicekup polis
- Menjelang PRU-15, BN-UMNO dilihat langkah kanan berdepan lawan
- Penyanyi Sensasi Baby Shima Dituduh Jual Arak Bukan Jamu [VIDEO]
- ‘Sanggup Berpanas Demi Rezeki’ – Bidadari Cantik Jual Pau Viral Rupanya Penyanyi Bienda [VIDEO]
- Kecelaruan dalam PAS melibatkan kepimpinan tertinggi
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
- Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara
Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]