Rundingan damai: Putin mahu bersemuka dengan Zelensky

ANKARA: Presiden Rusia, Vladimir Putin menzahirkan harapan untuk bertemu Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky secara bersemuka bagi berbincang mengenai konflik yang berlaku.

Perkara itu disampaikan oleh Putin ketika beliau bercakap telefon dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan untuk memaklumkan apa yang ‘diingini Rusia’ untuk menamatkan peperangan yang berlaku.

Menurut jurucakap Erdogan, Ibrahim Kalin, permintaan Rusia terbahagi kepada dua kategori.



Katanya, kategori pertama, Rusia sekali lagi menggesa Ukraine supaya tidak menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan bersikap neutral, malah Zelensky sudah pun maklum mengenai perkara itu serta bersedia untuk melakukannya.

“Rusia juga meminta Ukraine meletakkan senjata terlebih dahulu, selain bertegas mahu menghapuskan elemen Nazi di negara tersebut.

“Permintaan itu mungkin sensitif bagi Zelensky memandangkan ada keluarganya yang maut akibat Holocaust, namun mungkin juga beliau akan menerima perkara itu,” katanya seperti yang dilapor BBC.

Bagi kategori kedua, Putin memberitahu Erdogan bahawa beliau perlu bersemuka dengan Zelensky bagi berbincang tentang konflik yang berlaku.



Jelas Ibrahim, Zelensky turut menyatakan kesediaan untuk bersemuka dengan Putin.

Ibrahim juga memberi gambaran bahawa Rusia akan mendesak kerajaan Ukraine supaya menyerahkan wilayah di timur Ukraine dan perkara itu mungkin menjadi kemuncak rundingan antara Moscow dan Kyiv.

Selain itu, Rusia juga dijangka meminta Ukraine menerima Crimea secara rasmi.

Sementara itu, permintaan Putin disifatkan tidak terlalu ‘berat’ seperti yang dijangka pelbagai pihak sebelum ini.



Pakar berpandangan, Ukraine perlu berfikir sebaik mungkin untuk menuruti permintaan Rusia kerana Moscow boleh menggunakan keenggan Ukraine untuk sekali lagi menceroboh negara itu pada masa akan datang.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara

Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS



Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker