Marah Hadi ‘dibedal’, AJK PAS Pusat bangkit pertahan

Anak Hadi seru semua pihak doakan bapanya, buat solat hajat

Seorang pemimpin PAS mengaku berasa jelik dengan sikap “ahli parlimen bebas” yang didakwanya membedal Presiden PAS Abdul Hadi Awang setelah meninggalkan parti berkenaan.

Menggunakan bahasa kiasan, ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Riduan Mohamad Nor, berkata dalam sesebuah perkahwinan, perceraian bukanlah lesen untuk seseorang mengaibkan bekas pasangan mereka sehingga seolah-olah tiada secubit pun kebaikan yang dituai dalam perkahwinan tersebut.

Sedangkan, katanya, ahli parlimen berkenaan “mendapat laba kehidupan yang besar” apabila bersama PAS sebelum dia “berpindah kapal.

“Itulah tamsilan yang sama apabila kita berpindah kapal. Jangan dibakar pakaian nakhoda walau membusung kebencian searas mana sekali pun!

“Naratif hitam cuba digarap untuk mewajarkan justifikasi mengapa baiah dilanggar dan melepaskan ikatan daripada jamaah Islam. Pemandu disalahkan dan diremehkan kononnya melanggar prinsip parti dalam memutuskan tindakan besar pemuafakatan politik PAS.

“Kami insya-Allah mengenali ketulenan watak tuan guru presiden yang bergulat dalam medan amal Islami semenjak zaman remaja,” tegasnya dalam catatan di harakahdaily hari ini.

Tanpa menyebut mana-mana nama, agak jelas Riduan menyasarkan kritikannya itu kepada Ahli Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin Aman Razali, yang mengejutkan ramai orang apabila membuat keputusan meninggalkan PAS kelmarin.

Dia kemudian mengumumkan untuk menjadi ahli parlimen bebas.

 

Dia sangat genius

Dalam temu bual di dengan BernamaTV malam tadi, Khairuddin membidas ketas Abdul Hadi.

Antaranya Khairuddin mempertikaikan keputusan PAS menandatangani perjanjian dengan dengan Perikatan Nasional (PN) tanpa meminta pandangan kepemimpinan parti, serta tidak mengikut lunas perlembagaannya.

Khairuddin juga membayangkan langkahnya keluar dari PAS adalah bersifat sementara dan mungkin sehingga Abdul Hadi masih menjadi pemimpin parti.

Riduan turut menzahirkan sanjungan yang amat tinggi buat Abdul Hadi – yang digelarnya mesra dipanggil sebagai Ayah Chik – melalui pelbagai pengalaman peribadi yang dicoretkan sepanjang berkelana bersama ahli parlimen Marang itu termasuk di Afrika Utara, Algeria dan Tunisia.

Katanya, sepanjang musafir mereka sentiasa menjaga solat, dibajai tazkirah dan Abdul Hadi didakwanya sangat memanfaatkan masa, bahkan sepanjang perjalanan dalam pesawat, masanya tidak dibiar terbazir sia-sia.

“Sepanjang perjalanan udara, sibuk meninta (menulis) untuk dihidang kepada ummah,” katanya.

 

Tetap dengar dan taat

Tambah Riduan, berdasarkan pengamatannya terhadap Abdul Hadi, duta khas bertaraf menteri itu berpengalaman luas serta memiliki tahap kognitif mengagumkan itu, membuktikan dia “sangat genius” serta bukan tokoh mempunyai inferiority complex (sifat tidak percaya diri).

“Aku saksi mata banyak perkara, bahkan karamah sosok ulama haraki ini namun apa pesanan Ayah Chik padaku, ‘enta, Wan, jangan tulis!’. Insan ini tak mahu dikultuskan.

“Demi Allah, aku ingin sangat menulis mengenai AC (Ayah Chik) dari sudut pandang in person namun tak dibenarkan lagi selagi mana beliau masih hidup,” katanya.

Katanya, daya saing dan pengalaman Abdul Hadi turut diiktiraf pemimpin serta gerakan dunia Islam.

“Siapakah anda yang melabelnya sebagai pemandu yang membawa kenderaan sehingga terhuyung-hayang?” sindirnya.

Dia juga berdoa agar Abdul Hadi terus sihat bagi membimbing dan memandu ahli PAS.

“Kami tak pernah berasa pening dan terhuyung-hayang dalam kafilah ini.

“Kami tenang meneguk mutiara ilmu daripada Ayah Chik, kami yakin keupayaan Ayah Chik merencah strategi parti dalam membadai siasah Malaysia yang sangat rencam ini.

“Kami dengar dan kami taat!” coretnya lagi.

Marah Hadi ‘dibedal’, AJK PAS Pusat bangkit pertahan

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor perkenan Onn Hafiz sebagai Menteri Besar Johor

Shafee Abdullah dakwa Hakim Nazlan telah hilang kelayakkan

Pelantikan MB Johor dijangka hari ini – Annuar Musa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker