Lelaki nekad bawa parang ke balai mahu tetak polis

BEAUFORT – Seorang lelaki dipercayai mabuk ditahan selepas didakwa mengugut mahu menetak anggota polis yang sedang bertugas di Balai Polis Kuala Penyu di sini dengan senjata tajam, pada tengah malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, suspek yang berusia 48 tahun membawa parang dan mengugut anggota polis yang sedang bertugas di balai tersebut.

“Pengadu yang sedang bertugas di balai polis tersebut bertanya kepada suspek tujuannya datang. Bagaimanapun, suspek terus mengatakan ‘mahu tetak kau’ sambil mengangkat parang panjang.

“Pengadu yang ketakutan terus lari masuk ke kaunter serta mengunci pintu balai berkenaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Rabu.

Tambah Yusoff Zaki, pengadu kemudian meminta bantuan anggota lain untuk menahan suspek dan merampas parang itu.

“Hasil siasatan lanjut mendapati, suspek disyaki di bawah pengaruh alkohol dengan bau arak yang sangat kuat,” katanya.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor perkenan Onn Hafiz sebagai Menteri Besar Johor

Shafee Abdullah dakwa Hakim Nazlan telah hilang kelayakkan

Pelantikan MB Johor dijangka hari ini – Annuar Musa

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker