Khairuddin dakwa kerjasama PN tak ikut perlembagaan PAS
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuala Nerus, Mohd Khairuddin Aman Razali mendakwa PAS melanggar perlembagaan parti berhubung kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).
Beliau yang keluar daripada PAS kelmarin berkata, kerjasama berkenaan tidak melalui kertas kerja dan dirunding bersama kepimpinan tertinggi parti itu.
“Dalam PN tak ikut lunas perlembagaan parti, dia (presiden hanya) tandatangan surat…dengan mesyuarat dua, tiga orang saja.
“Tandatangan tanpa bawa ke Jawatankuasa PAS Pusat, tanpa kertas kerja Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, tanpa dibawa ke Majlis Syura Ulama untuk dibahaskan, untuk dilihat dari segi siasah syariah, maqasid syariah belum setuju dah lulus, ini kesilapan,” katanya dalam temu bual disiarkan Bernama TV malam tadi.
Khairuddin berkata, PAS cuba mengekalkan Muafakat Nasional (MN) “hanya di mulut” namun kencederungan sebenar cuma mahu bersama PN.
Dakwanya, ketika menjawat jawatan Setiausaha Majlis Syura Ulama, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin turut meminta beliau membuat kertas kerja berkaitan hala tuju parti dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Dalam kertas kerja itu, beliau menggariskan cara menyekat kemaraan Pakatan Harapan (PH) dengan PAS mengikat hubungan bersama Umno dan Bersatu.
“Bahkan bila sebut dalam kertas kerja, kena betulkan bab PN yang tidak dibuat ikut lunas parti, maka presiden letak kesalahan kertas kerja kepada saya.
“Itu kertas kerja Majlis Syura Ulama dan dikritik Majlis Syura Ulama dalam AJK PAS Pusat. Bagaimana presiden menyalahkan Majlis Syura Ulama dalam satu medan yang bukan medannya. Yang patut kritik dalam Majlis Syura Ulama lah, bukan dalam AJK PAS Pusat. Ini yang berlaku,” katanya.
Beliau berkata, perkara itu berbeza dengan rundingan MN yang dimeterai bersama Umno sebelum ini mengikut saluran sewajarnya.
“Dasar parti sangat hebat, bermula kertas kerja peringkat Jawatankuasa PAS Pusat, dibawa ke Syura Ulama berkaitan kerjasama dengan parti lain, setelah dipersetujui Majlis Syura Ulama, dibawa ke dua kali Muktamar PAS pada 2018 dan 2019.
“Akhirnya setuju untuk tubuhkan MN. Draf bawa Jawatankuasa PAS Pusat, dibawa ke Majlis Syura Ulama, turunkan ke Pusat untuk dibetulkan, dibawa (semula) ke Majlis Syura, barulah ditandatangani di depan pimpinan PAS dan Umno di PWTC pada 14 Sept 2019.
“Ini contoh proses dalam parti, tapi apa berlaku dalam PN?” soalnya.
Khairuddin dakwa kerjasama PN tak ikut perlembagaan PAS
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Hasni Tidak Jadi MB, Shahrir Samad Malu Hadir Perhimpunan Agung UMNO
- Isu pelantikan MB Johor boleh beri kesan kepada UMNO dan BN – Hamidin
- ‘Pas Tidak Dijemput Ke Perhimpunan Agung UMNO? Ada Soalan Lain?’ – Ahmad Maslan
- Puad Zarkashi Cabar Muhyiddin Letak Jawatan Dan Tekan ‘Button’
- Penyanyi Sensasi Baby Shima Dituduh Jual Arak Bukan Jamu [VIDEO]
- ‘Sanggup Berpanas Demi Rezeki’ – Bidadari Cantik Jual Pau Viral Rupanya Penyanyi Bienda [VIDEO]
- Tarikh semakan tawaran ke sekolah khusus 2021 ditetapkan 15 Mac ini
- Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu
- ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
- PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya
- Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
- Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil
Layari Laman Facebook MYKMU.NET