MB Johor ke-19 keturunan MB pertama

 TEKA-teki siapa Menteri Besar Johor baharu akhirnya terjawab selepas dua hari Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlanggung pada Sabtu lepas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi telah dilantik memegang jawatan tersebut walaupun pada awalnya BN mencalonkan ADUN Benut, Datuk Seri Ir Hasni Mohammad.

Pelantikan Onn Hafiz itu telah mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Selasa.

Sehubungan itu, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-19 di depan Sultan Ibrahim yang berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor.



Semoga pelantikan ADUN Machap itu sebagai Menteri Besar Johor ke-19 membawa kepada perubahan dinamik dalam pelbagai aspek kehidupan bangsa Johor.

Onn Hafiz bukanlah asing dalam kalangan rakyat dan orang politik di negeri Selatan tanah air itu.

Beliau merupakan cicit kepada pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar dan anak saudara kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

 



Pelantikan Onn Hafiz itu boleh disifatkan sebagai penyambung kepada legasi moyang-moyangnya yang sebelum ini diberi kepercayaan oleh Istana Johor untuk memegang jawatan Menteri Besar negeri itu.

Moyangnya, Datuk Jaafar Muhammad merupakan Menteri Besar Johor yang pertama, berkhidmat dari 1886 sehingga 1919.

Tiga lagi moyangnya yang juga anak kepada Jaafar iaitu Datuk Abdullah, Datuk Mustapha dan Datuk Onn juga pernah memegang jawatan Menteri Besar Johor.

Masing-masing dilantik sebagai Menteri Besar Johor keetiga, keempat dan ketujuh.



Selain itu, moyangnya yang lain iaitu Datuk Abdul Hamid Yusof yang juga anak saudara kepada Jaafar pernah memegang jawatan sebagai Menteri Besar Johor kelima.

Sama seperti moyangnya iaitu Jaafar dan Abdullah, Onn juga dilantik sebagai Menteri Besar Johor dalam usia 40-an.

Bagaimanapun, beliau bukanlah Menteri Besar termuda yang pernah dilantik dalam sejarah pentadbiran kerajaan Johor.

Sebaliknya, Menteri Besar termuda yang pernah dilantik bagi mentadbir kerajaan Johor ialah Datuk Ajib Ahmad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Masing-masing berusia 35 tahun dan 39 tahun ketika dilantik bagi memegang jawatan tersebut.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Sultan Johor perkenan Onn Hafiz sebagai Menteri Besar Johor

Shafee Abdullah dakwa Hakim Nazlan telah hilang kelayakkan

Pelantikan MB Johor dijangka hari ini – Annuar Musa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker