Lelaki ditemui mati tersepit di bawah mesin penurap tar

Lelaki ditemui mati tersepit di bawah mesin penurap tar

ALOR SETAR: Seorang lelaki ditemui mati dipercayai tersepit di bawah mesin penurap tar di sebuah premis di Sungai Baru, Kuala Sungai, di sini, hari ini.

Berikutan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dipanggil ke lokasi untuk membantu mengeluarkan mangsa yang berusia dalam lingkungan umur 60 tahun itu.

Ketua BBP Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian mangsa tersepit di bawah mesin, pada jam 11.47 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggotanya yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Zulkiflee Mat Esa bersama polis dan Kementerian Kesihatan (KKM) tiba di lokasi dan mendapati mangsa masih berada di bawah mesin penurap tar berkenaan.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan sudah meninggal dunia oleh pihak KKM,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahmad Naufal berkata, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.-BH

Lelaki ditemui mati tersepit di bawah mesin penurap tar

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor perkenan Onn Hafiz sebagai Menteri Besar Johor

Shafee Abdullah dakwa Hakim Nazlan telah hilang kelayakkan

Pelantikan MB Johor dijangka hari ini – Annuar Musa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker