Jika peratusan undi tinggi, BN masih majoriti

PETALING JAYA: Peratusan undi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang rendah iaitu 54.5 peratus bukan punca utama Barisan Nasional (BN) memperoleh kemenangan mudah, malah jika peratusan undi sebaliknya parti tersebut kekal mendapatkan super majoriti.

Pensyarah di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Datuk Dr. Ismail Sualman berkata, dakwaan BN memenangi 40 daripada 56 kerusi di PRN Johor berpunca daripada peratusan rendah adalah tidak tepat.

Beliau yang juga penganalisis politik berkata, dakwaan tersebut hanya faktor luaran yang menjadi penyedap rasa kepada parti pembangkang sebaliknya pemimpin parti-parti itu perlu melihat faktor lain dengan lebih terperinci.

“Kemenangan BN di PRN Johor adalah manifestasi kembalinya pengaruh parti tersebut, pengundi kembali bangun dan sedar terhadap satu parti politik yang dianggap boleh membawa perubahan melalui pelbagai aspek.

“Kemenangan BN bagi saya adalah luar biasa kerana memperoleh lebih dua pertiga. Keputusan tersebut turut menunjukkan kebangkitan masyarakat India dan Cina kepada parti komponen tersebut selepas merampas tujuh kerusi hingga menandakan kembalinya aura mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Dalam PRN Johor kelmarin, BN melakar kemenangan selesa dengan memperoleh majoriti dua pertiga apabila mendapat 40 daripada 56 kerusi DUN Johor diikuti Pakatan Harapan (11 kerusi), Perikatan Nasional (3) dan masing-masing satu kerusi oleh Parti Ikatan Demokratik Malaysia serta PKR.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Kartini Aboo Talib @ Khalid berpendapat, kekalahan parti-parti pembangkang adalah disebabkan tiada kesefahaman antara blok tersebut.

“Kekalahan di PRN Johor perlu dijadikan teladan buat parti pembakang supaya kembali merapatkan saf dalam kalangan mereka. Di Larkin sendiri, kita dapat lihat bagaimana PKR dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) memecahkan undi.

“Pertempuran itu mengurangkan peluang untuk Pakatan Harapan (PH). Jadi di sini, menandakan parti tersebut perlu mengukuhkan kembali kerjasama mereka yang dilihat longgar dan tidak kuat seperti dahulu,” jelasnya.

Tambahnya, PH perlu mempelajari daripada PRN sebelum ini untuk tidak mengganggu atau menggugat hak Melayu ataupun bumiputera, jika tidak parti tersebut menerima pukulan dan ditolak oleh golongan berkenaaan.

“Kalau kita imbas kembali ketika mereka memerintah pelbagai persoalan dibangkitkan seperti mempersoal UiTM, kedudukan perlembagaan raja dan cuba mengubah naratif sejarah dengan meraikan parti komunis Malaya sebagai pejuang secara terbuka.

“Perkara-perkara disebutkan itu sangat sensitif untuk masyarakat Melayu, bagi mereka 22 bulan itu sudah cukup kerana PH tidak mahu menjaga golongan Melayu sebagai masyarakat asal Tanah Melayu. Itu yang membuatkan Bumiputera tidak selesa,” ujarnya

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor

Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven

Not For Sale! Arowana ‘Kembar Siam’ Menjadi Tumpuan Ramai [VIDEO]

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker