Gelombang Omicron dijangka turun hujung Mac

GEORGETOWN – Gelombang varian Omicron dijangka akan menurun sekali gus dapat ditamatkan menjelang penghujung bulan ini susulan pemberian vaksin bagi golongan dewasa telah mencapai 99 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu, kes harian juga dijangka menurun dalam tempoh terdekat selepas pemberian vaksin kepada rakyat.

Menurutnya, seramai lebih tiga juta rakyat Malaysia yang sudah lengkap menerima vaksin telah sembuh selepas dijangkiti varian Omicron.

“Mereka yang dijangkiti varian ini dan telah sembuh akan mendapat ‘natural immunity’ yang mana ia akan memberi perlindungan kepada diri mereka. Bagaimanapun, untuk hidup di dalam virus ini, kita kena divaksin dahulu, baru kita boleh mendapat ‘natural immunity’ itu.

“Dalam isu gelombang varian Omicron ini, kita jangka akan melepasi penularannya. Ini kerana, jika dilihat kepada situasi beberapa negara antaranya Filipina dan Britain, kes Covid-19 kini dalam situasi trend menurun selepas menghadapi penularan varian Omicron sejak dua bulan lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab selepas menyampaikan syarahan umum bertajuk ‘Mendepani Cabaran Omicron; Adakah Malaysia Bersedia’ anjuran Penang Institute di sini pada Sabtu.

Beliau bagaimanapun turut menyatakan kerisauan terhadap varian baharu yang kebal terhadap vaksin selain lebih berbahaya.

“Kita perlu bersedia ke arah itu kerana selepas Omicron, kita tidak tahu mungkin ada varian lagi yang akan datang, malah lebih berbahaya, kebal vaksin dan mudah tersebar.

“Seperti yang dibuktikan, varian Omicron memberi maklum balas terhadap vaksin yang diberikan. Dan itu adalah satu perkara yang baik. Disebabkan itu, kita optimis bahawa gelombang varian Omicron ini akan menurun menjelang bulan ini,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi

Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]

PRN Johor: PKR melenting, MUDA balas balik

Pedas!! Mas Idayu Kesian Dengan Netizen, Beli Top-up Untuk Benda Bodoh [VIDEO]

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker