Rempuh Pam Minyak, Lelaki Meninggal Dunia Selepas Alami Sakit Jantung

Rempuh Pam Minyak, Lelaki Meninggal Dunia Selepas Alami Sakit Jantung

Klang: Lelaki warga emas meninggal dunia selepas merempuh dua kenderaan serta dua pam petrol di sebuah stesen minyak di Teluk Gedung Indah dekat sini, semalam selepas dipercayai mengalami serangan jantung ketika memandu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, lelaki warga tempatan berusia 60 tahun yang memandu kenderaan pacuan empat roda itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian pada 9.25 pagi.



Menurutnya, sebelum kejadian mangsa yang bekerja sebagai penyelia tapak pembinaan berhenti di persimpangan lampu isyarat.

“Bagaimanapun, secara tiba-tiba dia dipercayai diserang penyakit jantung dan menyebabkannya terpijak pedal minyak lalu bergerak terus ke arah stesen minyak sebelum merempuh sebuah kereta dan motosikal.

“Pemandu kereta dan motosikal tidak mengalami kecederaan kerana sempat mengelak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mayat lelaki itu kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk proses bedah siasat.



Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-HM

Rempuh Pam Minyak, Lelaki Meninggal Dunia Selepas Alami Sakit Jantung

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi



Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker