Sotong prasejarah diberi nama ‘Biden’ sempena Presiden AS

WASHINGTON – Satu fosil sotong zaman prasejarah yang berusia 328 juta tahun diberi nama Syllipsimopodi Bideni bersempena dengan nama Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.

Syllipsimopodi Bideni adalah dalam keluarga cephalopod tertua yang diketahui iaitu sekumpulan haiwan marin seperti sotong.

Ia kelihatan agak berbeza kerana mempunyai sepuluh sesungut berbanding lapan yang dimiliki oleh sotong biasa.

Menurut pasukan saintis di Muzium Sejarah Alam New York, tambahan sesungut akan menjadikan Syllipsimopodi Bideni pemangsa yang lebih cekap.

Pengarang utama kertas saintifik, Dr. Christopher Whalen berkata, nama makhluk itu diambil sempena nama Biden kerana Presiden AS itu lantang bersuara menentang perubahan iklim antropogenik.

Makhluk yang hidup sebelum dinosaur terawal itu sebelum ini ditemui di Mississippian Bear Gulch, Montana yang merupakan salah satu tapak fosil yang paling terpelihara di dunia.

Ia digelar sotong puntianak primitif kerana mereka menghisap darah menggunakan lipatan tisu gelap yang dianggap menyerupai jubah Drakula. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker