Pusat beli-belah di Sydney diserang, enam maut termasuk kanak-kanak

Sekurang-kurangnya enam terbunuh termasuk seorang kanak-kanak dalam insiden tikaman di sebuah pusat beli-belah yang sibuk di Bondi Junction, Sydney, Australia pada Sabtu.

Memetik CNN, Asisten Komisioner Polis New South Wales, Anthony Cooke berkata, suspek berjaya ditembak mati setelah dia mengacukan pisau ke arah polis dalam insiden yang berlaku sekitar jam 4 petang waktu tempatan itu.

“Ada lima mangsa yang kini telah meninggal dunia akibat tindakan penjenayah ini. Terdapat lebih daripada beberapa orang lain yang telah dihantar ke hospital.



“Sebahagian besar daripada mereka berada dalam keadaan serius dan kritikal pada ketika ini, dan saya tidak mempunyai maklumat lanjut berkenaan mengenai mangsa-mangsa tersebut.

“Saya tahu salah seorang daripada mereka adalah seorang kanak-kanak kecil,” katanya.

Cooke bagaimanapun tidak mendedahkan identiti suspek. Berdasarkan siasatan awal, dia menambah penyerang bertindak seorang diri dan motif serangan sedang disiasat.

Reuters melaporkan ratusan orang telah dipindahkan dari pusat beli-belah itu selepas serangan.



Dalam masa sama, CNN turut melaporkan lapan individu termasuk seorang kanak-kanak dikejarkan ke hospital berdekatan.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Marah kawan dengan Bella, Muaz belikan ibu TV

“Hang yang bagitau abang hang aku pregnant bukan anak dia”



Kifarah Bella dapat laki buas – Ahli keluarga

Kek Lapis Baklava RM650 laku keras di Samarahan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker