Remaja perempuan maut motosikal bergesel

KEADAAN mangsa yang maut setelah motosikal ditunggang bersama adiknya bergesel lori di Jalan Slim Village berhampiran Kampung Rasau dekat Slim River hari ini.

TANJUNG MALIM – Remaja perempuan maut manakala adik lelakinya patah kaki kiri selepas motosikal dinaiki mereka bergesel dengan lori di Jalan Slim Village berhampiran Kampung Rasau di sini pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar pukul 11.30 pagi itu, Nurul Nazira Hanum Ismail, 17, yang membonceng motosikal jenis Honda RS 150 meninggal dunia di lokasi kejadian manakala adiknya, Muhammad Khairul Rezeal, 15, patah kaki kiri.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika lori dipandu lelaki berusia 34 tahun itu dalam perjalanan dari Slim Village menghala ke Slim River.

Katanya, sampai di lokasi kejadian, sebuah motosikal yang ditunggang remaja lelaki berusia 15 tahun cuba memotong lori tersebut namun terdapat kenderaan lain di arah bertentangan dan menyebabkan mangsa gagal mengelak lalu bergesel dengan lori.



“Kemalangan itu menyebabkan pembonceng motosikal parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang motosikal pula patah kaki kiri setelah terjatuh di bahagian tayar belakang lori.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Slim River untuk bedah siasat dan siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya

Remaja perempuan maut motosikal bergesel

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 



Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]



Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker