PRN Johor: BN tidak mengharapkan balasan setiap bantuan yang dihulurkan

Kerajaan BN tidak pernah meminta balasan selepas memberikan bantuan kepada rakyat terutama ketika musim pilihan raya. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membantu rakyat setiap masa dan bukan waktu tertentu sahaja.

“Saya bukan mahu mengajak tuan, puan (penerima bantuan) untuk melihat perkara ini daripada kanta mata bahawa ianya perlu dibalas, tetapi sebaliknya tuhan mahu kita lihat dan bersyukur dengan nikmat yang diberi.

“Sebagai kerajaan, apabila ada pihak kurang bernasib baik memohon bantuan, kita perlu usahakan sebaik mungkin cuba bantu mereka.

“Perkara ini (program baik pulih rumah di bandar) tidak dapat dilakukan tanpa adanya kerjasama erat dan kukuh antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan surat kelulusan Program Baik Pulih Rumah di Bandar Negeri Johor di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di sini pada Rabu.

Reezal Merican turut mengingatkan, pentingnya sebuah kerajaan negeri yang stabil bagi membolehkan pelbagai agenda demi kesejahteraan rakyat dilaksana dengan baik dan tersusun.

Sementara itu, dalam majlis berkenaan seramai 62 pemilik rumah terdiri daripada keluarga B40 menerima surat kelulusan baik pulih berkenaan daripada 15 pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Johor.

Beliau berkata, kementeriannya memperuntukkan sejumlah RM935,000 bagi pelaksanaan program itu di Johor sepanjang tahun ini dalam usaha meningkatkan taraf hidup golongan memerlukan.

“Inisiatif itu juga bertujuan menyediakan kediaman yang lebih selesa dan selamat kepada penerima sekali gus meningkatkan kualiti kehidupan mereka dan juga masyarakat setempat.

“Ini merupakan satu komitmen pihak kerajaan yang telah dimulakan sejak 2017, namun terhenti seketika sebelum ianya disambung semula, dan sehingga kini sebanyak 212 rumah telah memberi manfaat ini di seluruh Johor,” katanya.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker