Hanya Kerana Namaku ‘Senyum’

Hanya Kerana Namaku ‘Senyum’

Namanya menjadi bahan usikan sehingga dia pernah pulang ke rumah dalam keadaan menangis dan meminta bapanya menukar nama lain ketika usia kanak-kanak kerana tidak tahan diejek rakan sebaya.

Namun itu cerita lama, Senyum Ujang kini berusia 70 tahun dan menganggap nama yang diberikan oleh arwah neneknya, Khadijah Mualim Raja itu sebagai sesuatu yang istimewa.

Sepanjang hidupnya, Senyum yang pernah bekerja sebagai juruhebah selama 27 tahun di dua lapangan terbang juga berhadapan pelbagai peristiwa lucu kerana keunikan namanya itu.

Ibu kepada 10 anak itu berkata, menurut cerita arwah ibunya, Rajiah Md Sop, namanya diberikan neneknya yang ketika itu bekerja sebagai bidan, namun mendakwa tidak diceritakan sebab dia diberikan nama unik itu.

“Ibu tidak cerita sebab saya diberikan nama Senyum, namun saya percaya ia mempunyai kaitan dengan perwatakan ketika masih bayi. Apa yang membuatkan saya pelik, semua nama enam kakak saya menggunakan nama biasa bagi orang Melayu.

“Saya seorang saja yang diberikan nama begitu. Lebih unik, semua nama dalam kad pengenalan adik-beradik saya berbinti nama Bujang, hanya saya seorang berbintikan Ujang,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Manggis, Jalan Pantai, di sini.

Anak bongsu daripada tujuh beradik itu berkata, dia banyak mengalami pengalaman lucu apabila apabila namanya dikaitkan dalam sesuatu situasi terutama apabila berjumpa dengan orang yang belum mengenalinya.

“Ketika kecil saya selalu diusik rakan sebaya dan pernah sekali saya tidak tahan dan pulang ke rumah dalam keadaan menangis serta meminta bapa menukar nama. Namun, saya anggap itu sebagai kenangan manis.

“Biasanya ketika berurusan di mana-mana kaunter, pelayan seakan tidak percaya nama saya Senyum, jadi saya terus mengeluarkan kad pengenalan dan menunjukkan kepada mereka.

“Ada juga rakan sekerja yang bergurau dengan nama saya itu dan saya menganggapnya hanya bahan usikan. Saya tidak terasa hati kerana perbuatan senyum adalah sesuatu yang positif malah digalakkan dalam agama.

“Ada satu ketika seorang pelanggan di lapangan terbang ternampak tanda nama saya pada baju dan ketika itu saya juga memakai lencana ikon senyum. Pelanggan itu kelihatan pelik sebelum saya menjelaskan bahawa Senyum adalah nama saya,” kata nenek kepada 26 cucu itu-HM

Hanya Kerana Namaku ‘Senyum’

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker