NATO penakut, Presiden Ukraine batal hasrat untuk sertai

WASHINGTON – Saya tidak lagi akan merayu untuk memastikan Ukraine menjadi anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Kenyataan itu dikeluarkan Presiden Volodymyr Zelenskyy merujuk kepada isu rumit yang menjadi antara ‘syarat utama’ dikemukakan Rusia sebelum kempen pencerobohan ke atas Kiev bermula kira-kira dua minggu lalu.

“Kami telah memahami NATO sebenarnya tidak bersedia untuk menerima Ukraine. Perikatan itu takut dengan perkara kontroversi dan konfrontasi dengan Moscow,” katanya menerusi wawancara bersama ABC News yang disiarkan pada Isnin.



Zelenskyy ketika bercakap melalui jurubahasa menegaskan beliau enggan menjadi presiden yang terpaksa melutut semata-mata mahu meminta sesuatu.

Beliau juga menyatakan kesediaan untuk ‘berkrompomi’ tentang status dua wilayah pemisah pro-Rusia, Donetsk dan Lugansk yang diisytiharkan ‘merdeka’ oleh Presiden Vladimir Putin.

“Saya sedia untuk berdialog dan berbincang tentang jaminan keselamatan. Persoalan tentang beberapa isu adalah lebih sukar berbanding mengiktiraf kemerdekaan mereka,” ujarnya ketika disoal tentang tuntutan Putin yang menggesa Ukraine membuat pengiktirafan kemerdekaan yang sama.

Sehingga kini, ‘kemerdekaan’ Republik Donetsk dan Republik Lugansk belum diiktiraf mana-mana negara selepas tindakan Rusia merampas wilayah Crimea pada 2014 menjadi titik tolak kepada konflik yang berlarutan selama lapan tahun. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]



Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker