McGregor hanya tahu ‘mabuk sepanjang hari’

McGregor hanya tahu ‘mabuk sepanjang hari’

LONDON: Islam Makhachev mendakwa Conor McGregor tidak boleh ke perlawanan merebut gelaran UFC kerana bintang Ireland itu ‘mabuk sepanjang hari’.

McGregor, 33, diketepikan sejak patah kaki berdepan Dustin Poirier pada Julai.

Ketika dalam proses pemulihan, McGregor kerap memuat naik video mempromosikan wiski Proper Twelve miliknya di kelab malam Black Forge dekat Crumlin.

Sebahagian peminat mula bimbang dengan bekas juara dunia dua kelas berbeza itu yang menghabiskan terlalu banyak masa di kelab malam berbanding proses pemulihan.

Namun pencabar utama, Makhachev – yang dilatih pencabar utama McGregor, Khabib Nurmagomedov – masih tidak yakin.

“Saya rasa ia akan menjadi sesuatu yang sukar untuknya menjadikan berat badan 155 lb (70 kilogram) kerana dia mabuk sepanjang hari.”

Makhachev yang menyaksikan Nurmagomedov menewaskan McGregor pada 2018, memberi amaran kepada bekas juara itu bahawa dia tidak lagi sama seperti dahulu.

Katanya: “Ramai yang akan membelasahnya dalam divisyen ini. Dia mungkin hanya akan bertarung dengan Nate Diaz atau petarung tua untuk mendapatkan sedikit wang.

“Dia tidak akan menjadi juara dan tidak akan mampu bertarung pada tahap ini.” – AGENSI

McGregor hanya tahu ‘mabuk sepanjang hari’

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker