Satu lagi reaktor nuklear dibedil Rusia

KIEV – Tentera Rusia dituduh melancarkan serangan roket ke arah satu lagi kemudahan yang menempatkan reaktor nuklear di Ukraine meskipun telah diberi amaran bahawa tindakan itu boleh membawa kepada bencana berskala besar, lapor akhbar Daily Star semalam.

Beberapa bedilan roket tidak berpandu dilaporkan dilancarkan ke Institut Fizik dan Teknologi Kharkiv yang menempatkan kemudahan digelar Neutron Source.

Kemudahan bernillai AS$70 juta (RM292.5 juta) itu menggunakan satu reaktor nuklear bagi tujuan penyelidikan perubatan, industri dan fizik.



Meskipun saiznya tidak sebesar reaktor-reaktor lain, perkhidmatan keselamatan nasional Ukraine memberi amaran bahawa serangan Rusia ke atas kemudahan tersebut menggunakan pelancar peluru berpandu Grad boleh membawa kepada kemusnahan ekologi berskala besar.

“Tentera Rusia melancarkan serangan ke arah kawasan institut tersebut, di mana terletaknya kemudahan nuklear Neutron Source dengan 37 sel bahan api nuklear dimuatkan ke dalam terasnya.

“Kemusnahan kemudahan pemasangan dan penyimpanan nuklear untuk bahan nuklear boleh membawa kepada malapetaka alam sekitar berskala besar,” kata Timbalan Menteri Luar Ukraine, Emine Dzheppar.

Ia bukan kali pertama tentera Rusia menyasarkan kemudahan nuklear di Ukraine sejak perang bermula 12 hari lalu.



Beberapa hari sebelum ini, loji nuklear terbesar Eropah, Zaporizhzhia terbakar selepas terkena bedilan peluru tentera Rusia.

Menurut akhbar The Sun, lebih ramai tentera Rusia didakwa telah ditempatkan pada kedudukan hanya 32 kilometer dari kemudahan nuklear lain di Yuzhnoukrainsk. – AGENSI

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 



Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]



Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker