Datuk Ayon Khan turun buang undi di IPK Johor

Ayob Khan menunjukkan jari yang dicalit dakwat khas menandakan sudah menjalankan pengundian awal PRN Johor di Dewan Dato Onn, Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menunaikan tanggungjawab mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri ( PRN) Johor, hari ini.

Bekas Ketua Polis Johor itu tiba di Dewan Dato Onn IPK Johor, kira-kira jam 9.30 pagi sebelum keluar dari dewan lima minit kemudian.

Hadir mengiringi Pengarah JSJN itu ialah Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dan timbalannya, Datuk Khaw Kok Chin.

Sementara itu, Ayob Khan yang ditemui berkata, perjalanan proses mengundi awal berjalan lancar, teratur dan tersusun tanpa sebarang masalah.



“Saya tidak sempat tukar alamat kerana memerlukan tempoh tiga bulan untuk menukar alamat tempat mengundi. Selepas ini saya akan tukar alamat,” katanya.

Sebelum itu, seawal jam 8 pagi, pegawai dan anggota polis berbaris di luar Dewan Dato Onn meskipun hujan renyai.

IPK Johor adalah pusat mengundi awal bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang dengan dua saluran.

Undi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor membabitkan 11, 576 pegawai dan anggota polis serta pasangan, manakala 10, 955 pula pegawai dan anggota tentera serta pasangan



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 



Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]



Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker