Kali Kedua Motosikal ‘Berendam’ Dalam Banjir Di Tempat Sama

Kali Kedua Motosikal ‘Berendam’ Dalam Banjir Di Tempat Sama

Dua kali motosikal tenggelam di tempat sama dalam tempoh dua bulan.

Itu pengalaman dilalui Penyelia Taska Permata Timang Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Sofan Hafizal Md Yusup.

Ini kerana motosikalnya sekali lagi ditenggelami air di Sekolah Rendah Agama Ampuan Jamaah berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah, di sini, dalam banjir kilat, semalam.

Katanya, tidak ada apa yang boleh dilakukannya selain reda dengan ujian menimpa, walaupun dia baharu saja membaiki motosikal itu lebih sebulan lalu akibat banjir, awal tahun ini.

“Setiap hari, saya tinggalkan motosikal di sekolah agama itu selepas hantar anak dan anak jiran dengan van ke sekolah sebelum naik motosikal untuk ke tempat kerja.

“Semalam saya terima panggilan daripada guru besar sekolah itu memaklumkan motosikal saya sudah ditenggelami air. Bila saya sampai, kawasan di situ sudah tenggelam. Hari ini baru sempat tengok motosikal saya,” katanya.

Menurutnya, dia membelanjakan kira-kira RM600 untuk kos baik pulih motosikalnya yang terendam dalam air pada bulan lalu dan menjangkakan kos yang sama juga kali ini.

Katanya, sebelum ini banjir pernah berlaku di kawasan itu menyebabkan pihak berwajib menjalankan kerja-kerja mendalamkan longkang, namun ia tetap berulang.

“Apa yang boleh saya harapkan kejadian seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang. Mungkin ada faktor lain menyebabkan kerap berlaku banjir di kawasan ini,” katanya.-HM

Kali Kedua Motosikal ‘Berendam’ Dalam Banjir Di Tempat Sama

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker