Insiden Lori Rempuh Motosikal : Pemandu Lori Direman Esok

Insiden Lori Rempuh Motosikal : Pemandu Lori Direman Esok

Sungai Petani: Pemandu lori yang merempuh dua penunggang motosikal hingga maut di bawah jejambat di Kilometer 92.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sudah ditahan polis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pemandu lori berusia 28 tahun dan berasal dari Kelantan itu akan direman pagi esok.



“Hasil pemeriksaan awal melalui ujian saringan air kencing mendapati suspek bebas daripada sebarang pengaruh dadah.

“Selain itu, suspek juga bebas daripada alkohol namun dia akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam satu kenyataan.

“Bagaimanapun, sebuah lori dipandu seorang lelaki bersama kelindan datang dari lorong kiri belakang secara tiba-tiba dan merempuh semua motosikal yang berteduh bawah jejambat terbabit,” katanya.

Menurutnya, rempuhan menyebabkan dua penunggang motosikal iaitu lelaki berusia 28 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.



“Seorang daripada mangsa beralamat di Kampung Seberang Chegar Anak Bukit, Alor Setar manakala seorang lagi berasal dari Kuala Kedah.

“Dua lagi lelaki berusia 23 dan 31 tahun masing-masing luka kaki dan dahi kanan dan mereka ketika itu berada atas motosikal dan bahu lorong kecemasan,” katanya.

Katanya, seorang penunggang berusia 38 tahun pula didapati tidak mengalami sebarang kecederaan manakala empat yang lain sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).



Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang andaian dan menyerahkan kes itu kepada polis untuk siasatan lanjut.-HM

Insiden Lori Rempuh Motosikal : Pemandu Lori Direman Esok

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]



Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker