PRN Johor: Maszlee tiru aksi Rajinikanth buat modal kempen

Berbaki lima hari lagi sebelum

Beliau memuat naik sebuah video berdurasi 21 saat di laman Facebooknya dengan meniru aksi tangan legenda filem Tamil ‘Superstar’ Rajinikanth.

“Vanakam, jangan lupa untuk mengundi. Jangan takut Covid-19.



“SOP (prosedur operasi standard) telah ditetapkan.

“Nama saya Maszlee, calon no 1 (DUN Layang-Layang). Vanakam,” kata Maszlee yang juga adalah anggota Parlimen Simpang Renggam di dalam bahasa Tamil.

Maszlee yang juga bekas Menteri Pendidikan dan menyertai PKR pada Nov lepas, turut meniru aksi Rajinikanth dalam filem Tamil ‘Sivaji The Boss’ dengan mengayakan cermin mata gelap di hujung video tersebut.

Filem ‘Sivaji The Boss’ adalah sebuah filem politik yang diarahkan oleh S Shankar dan dibintangi oleh Rajinikanth.



Maszlee dicabar oleh K Alagathiran daripada Perikatan Nasional, Abdul Mutalib Abd Rahim mewakili Barisan Nasional dan Ahmad Shafiq Othaman daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bagi kerusi DUN Layang-Layang.

Sembilan peratus daripada 25,147 pengundi berdaftar di DUN Layang-Layang adalah kaum India.

– Bernama

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 



Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]



Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker