Remaja Cuba Terjun Bangunan Setelah Berselisih Faham Dengan Keluarga

Remaja Cuba Terjun Bangunan Setelah Berselisih Faham Dengan Keluarga

Seorang remaja perempuan yang mengalami masalah tekanan jiwa dan mempunyai rekod rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) cuba terjun dari tingkat 15 kediamannya di sebuah kondominium di Bandar Seri Permaisuri, di sini, semalam.

Remaja berusia 17 tahun itu yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) difahamkan pada mulanya berselisih faham dengan keluarganya yang tidak membenarkan dia keluar rumah bertemu rakan kerana akan mengambil peperiksaan.

Bagaimanapun, dia tiba-tiba memberontak sebelum keluar dari rumahnya dan cuba terjun, namun berjaya diselamatkan penduduk dan pengawal keselamatan sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, hasil siasatan mendapati remaja terbabit mempunyai rawatan jiwa di HKL dan dibawa ke hospital itu untuk menerima rawatan sebelum dibenarkan pulang selepas dia ditenangkan.

Muhammad Idzham berkata, remaja terbabit juga mempunyai masalah perselisihan dengan bapa tirinya dan tidak suka dikawal keluarganya.

“Dia akan bertindak sedemikian jika tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara, namun sebelum ini kejadian itu tidak dilaporkan kepada polis,” katanya.-HM

Remaja Cuba Terjun Bangunan Setelah Berselisih Faham Dengan Keluarga

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker