Letupan dalam kabin pesawat, 54 penumpang cedera

CORDOBA – Sebuah pesawat di Sepanyol terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas 10 minit berlepas apabila satu letupan berlaku di dalam kabin yang mengakibatkan lebih 50 penumpang cedera, lapor akhbar Daily Star semalam.

Protokol kecemasan diaktifkan di Lapangan Terbang Ambrosio Taravella di bandar Cordoba, wilayah Andalusia semalam.

Letupan dipercayai berpunca daripada masalah mekanikal itu menimbulkan kekecohan sekitar pukul 10 malam (waktu tempatan), menyebabkan 54 penumpang cedera dengan beberapa daripada mereka panik.



Menurut stesen televisyen tempatan, ElDoce.tv, masalah itu berpunca daripada tekanan mekanikal ketika pesawat berkenaan menuju ke bandar Salta di Argentina.

Menurut laporan, menara kawalan telah dimaklumkan dengan segera dan pesawat berkenaan dilaporkan berpatah balik ke lapangan terbang.

“Pesawat Aerolineas Argentinas mengalami kerosakan disebabkan tekanan yang menurun pada pertengahan penerbangan, mengakibatkan 54 penumpang cedera,’’ demikian laporan seorang wartawan, Leonardo Guevara menerusi media sosial.

“Terdapat operasi keselamatan yang besar di lapangan terbang Taravella melibatkan ambulans dan kakitangan khas,’’ tambah Guevara.



Penumpang bagaimanapun dipercayai mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa, lapor rancangan televisyen La Voz.

Beberapa ambulans telah meninggalkan tempat kejadian dengan membawa mangsa yang cedera ringan. – Agensi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]



PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?

Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker