PM peroleh injunksi ad interim terhadap portal berita

Mahkamah Tinggi membenarkan injunksi ad interim yang dimohon oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob terhadap pemilik portal berita Agenda Daily dalam saman fitnah berhubung artikel yang diterbitkannya.

Ismail menyaman Agenda Daily kerana artikel bertajuk “Agenda Daily bimbang jadi PM paling singkat, ‘rayu’ jangan tarik sokongan”, didakwa membayangkan bahawa beliau merayu sokongan berterusan daripada sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN).

Injunksi ad interim bertujuan untuk memberikan perlindungan sementara kepada plaintif yang memohon, sementara menunggu perbicaraan injunksi interim.

Peguam Joshua Tan, yang mewakili Ismail, berkata, Pesuruhjaya Kehakiman Evrol Mariette Peters membenarkan injunksi itu dikuatkuasakan kerana injunksi ex-parte sebelum ini akan tamat pada 11 Mac.

“Injunksi ad interim akan kekal berkuat kuasa sementara menunggu injunksi inter parte selesai pada 23 April,” katanya kepada FMT, selepas prosiding dalam talian di hadapan hakim hari ini.

Tan berkata, pemilik portal berita terbabit, yang telah menghubungi sebuah firma guaman untuk menjawab saman itu, juga telah menurunkan artikel itu pada 23 Feb.

“Hakim telah memberinya masa untuk memfailkan afidavit untuk menjawab saman Perdana Menteri,” tambahnya.

Ismail, yang memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi, menamakan Izwan Mohd Zubit sebagai defendan atas kapasitinya sebagai pemilik Agenda Daily Media Enterprise yang mengendalikan portal berita itu

Dalam pernyataan tuntutannya, Ismail berkata, artikel tersebut, dalam maksud biasa dan secara inferens, menyatakan bahawa beliau bimbang akan menjadi Perdana Menteri yang paling singkat penggalnya dalam sejarah Malaysia.

Katanya, artikel itu juga membayangkan beliau terdesak untuk kekal menyandang jawatan itu dengan apa cara sekalipun dan sanggup “merayu” parti politik tertentu agar tidak menarik balik sokongan kepadanya.

Tambahnya, artikel itu turut memberi gambaran bahawa beliau hanya mementingkan kedudukan dan tidak mempedulikan rakyat.

Beliau memohon injunksi kekal, ganti rugi dan permohonan maaf diterbitkan di Agenda Daily dan dua akhbar tempatan lain.

PM peroleh injunksi ad interim terhadap portal berita


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?

Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker