Askar muda Rusia ditawan menangis diberi minum teh dan pastri oleh warga Ukraine [VIDEO]

KIEV – Satu rakaman video yang menunjukkan seorang askar muda Rusia menangis ketika dia bercakap dengan ibunya selepas menyerah diri menjadi tular di Rusia dan Ukraine sejak Rabu lalu.

Askar itu yang dikawal oleh sejumlah warga Ukraine juga dirakamkan minum teh dan makan pastri manakala seorang wanita memegang sebuah telefon bimbit di hadapannya dipercayai di negara tersebut.

Tawanan perang muda itu turut dirakamkan bercakap dengan ibunya melalui telefon bmbit.



Salah seorang wanita lain kedengaran bercakap dengan ibunya melalui telefon: ‘Natasha, Tuhan bersamamu. Kami akan menghubungi anda kemudian. Dia masih hidup dan sihat.”

Dalam pada itu, suara seorang lelaki di luar kamera kedengaran berkata dalam bahasa Ukraine: “Lelaki muda ini, bukan salah mereka. Mereka tidak tahu kenapa berada di sini. Mereka menggunakan peta lama, mereka sesat.”

Bagaimanapun, setakat ini, masih belum diketahui kejadian itu berlaku di lokasi mana di Ukraine.



Askar muda Rusia ditawan menangis diberi minum teh dan pastri oleh warga Ukraine [VIDEO]

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah



Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?



Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker