Mahkamah Benar Permohonan Ismail Sabri Dapat Injunksi Ad-Interim Terhadap Agenda Daily



Mahkamah Benar Permohonan Ismail Sabri Dapat Injunksi Ad-Interim Terhadap Agenda Daily

Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memperoleh injunksi ad-interim terhadap pemilik Agenda Daily Media Enterprise berhubung saman fitnahnya berkaitan artikel yang diterbitkan Januari lepas.

Peguam Joshua Tan, yang mewakili Ismail Sabri, berkata Pesuruhjaya Kehakiman Evrol Mariette Peters membenarkan injunksi itu berkuat kuasa sehingga 27 April kerana injunksi ex-parte (sebelah pihak) sebelum ini akan luput pada 11 Mac.

Beliau berkata mahkamah juga membenarkan permohonan defendan untuk lanjutan masa bagi memfailkan afidavit jawapan kepada permohonan injunksi plaintif.

Pada 18 Feb, Ismail Sabri memperoleh perintah injunksi sementara daripada Mahkamah Tinggi supaya defendan memadamkan artikel yang diterbitkan dan daripada membuat sebarang kenyataan berkaitan beliau.

Dalam pernyataan tuntutannya, Ismail Sabri yang menfailkan saman itu atas kapasiti peribadinya, mendakwa pada 30 Jan lepas, Agenda Daily Media telah menerbitkan artikel di dalam laman webnya yang mengandungi pelbagai kenyataan berniat jahat, fitnah dan tidak benar berkenaan plaintif.




Beliau mendakwa artikel itu antaranya membawa maksud bahawa beliau terdesak untuk terus menjadi perdana menteri dengan apa cara sekalipun dan sanggup merayu kepada parti politik tertentu supaya tidak menarik sokongan terhadapnya selain mendakwa tempohnya sebagai perdana menteri adalah tempoh yang paling singkat di dalam sejarah Malaysia.

“Artikel itu juga membawa maksud saya tidak setia dengan UMNO dan hanya berminat untuk terus menjadi perdana menteri tanpa mengira kepentingan UMNO dan lebih bimbang tentang kedudukan saya sebagai perdana menteri dan bukannya kepentingan negara,” dakwa plaintif dalam pernyataan tuntutan itu.

Akibat daripada penerbitan artikel itu, Ismail Sabri mendakwa reputasinya sebagai seorang ahli UMNO dan sebagai perdana menteri telah tercemar.

“Penerbitan itu juga telah menyebabkan emosi saya terganggu dan kenyataan-kenyataan fitnah yang terkandung di dalam artikel itu juga boleh membawa kesan buruk kepada kerjaya politik saya,” dakwanya.

Menurut Ismail Sabri walaupun peguamnya telah menghantar surat tuntutan bertarikh 3 Feb lepas memohon defendan memadamkan artikel tersebut dan memohon maaf, namun sehingga hari ini ia masih belum dilaksanakan.




Oleh itu, Ismail Sabri memohon satu perintah injunksi agar defendan memadamkan artikel berbaur fitnah itu dalam semua laman web dan media sosial yang dikendalikan oleh defendan selain memohon perintah injunksi untuk menghalang defendan atau ejennya daripada mengeluarkan kenyataan fitnah serupa terhadap plaintif.– BERNAMA

Mahkamah Benar Permohonan Ismail Sabri Dapat Injunksi Ad-Interim Terhadap Agenda Daily

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);




KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah



Leave a Reply

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: