Pengeluaran khas KWSP RM101 bilion manfaatkan 7.34 juta ahli

Pengeluaran khas KWSP RM101 bilion manfaatkan 7.34 juta ahli

Kementerian Kewangan hari ini berkata, tiga pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra sudah memanfaatkan 7.34 juta ahli atau 58 peratus daripada 12.6 juta ahli berumur di bawah 55 tahun.

Kementerian itu dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini, berkata jumlah itu membabitkan amaun pengeluaran bernilai RM101 bilion dan bayaran bagi pengeluaran i-Citra berakhir bulan lalu.

Bagaimanapun, Kementerian Kewangan berkata, implikasi pengeluaran khas khususnya daripada Akaun 1 memberi kesan jangka panjang iaitu pengurangan jumlah simpanan persaraan yang ketara kepada ahli terbabit.

“Daripada keseluruhan ahli KWSP di bawah umur 55 tahun, setakat 31 Disember 2021, seramai 6.1 juta ahli atau 48 peratus hanya mempunyai baki simpanan kurang RM10,000 dalam akaun KWSP selepas majoriti ahli mengeluarkan simpanan melalui i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.

Selain itu, pengeluaran khas itu juga menyebabkan penurunan ketara dalam peratusan ahli yang mencapai Simpanan Asas (RM240,000 pada 55 tahun) daripada 36 peratus pada 2020 kepada 30 peratus pada akhir 2021.

“KWSP menganggarkan ahli perlu bekerja antara empat hingga enam tahun tambahan untuk membina semula simpanan yang dikeluarkan ketika pandemik.

“Sehubungan itu, sebarang pengeluaran tambahan i-Citra atau pengeluaran khas baharu akan menjejaskan lagi isu ketidakcukupan simpanan persaraan yang kini berada pada tahap amat membimbangkan,” katanya.

Berdasarkan statistik KWSP, jumlah caruman bagi tahun 2021 menunjukkan peningkatan 2.6 peratus iaitu sebanyak RM71.8 bilion berbanding RM70 bilion pada 2020.

Data itu secara tidak langsung menunjukkan dengan pembukaan semula ekonomi yang mana perniagaan boleh beroperasi sepenuhnya membolehkan pekerja kembali bekerja dan memperoleh pendapatan bagi menampung kehidupan.

Lanjutan itu, Kementerian Kewangan berkata, pelbagai pihak seperti kesatuan pekerja sudah menyatakan pendirian bahawa sebarang pengeluaran tambahan akan menjejaskan kecukupan simpanan hari tua ahli, menambah beban kewangan kerajaan pada masa depan dan bercanggah dengan objektif penubuhan KWSP.– BERNAMA

Pengeluaran khas KWSP RM101 bilion manfaatkan 7.34 juta ahli

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker