Nyepi: Lapangan Terbang Bali gantung sementara penerbangan

Nyepi: Lapangan Terbang Bali gantung sementara penerbangan

JAKARTA: Lapangan terbang di pulau percutian Bali di Indonesia akan menghentikan sementara operasi penerbangannya selama 24 jam bermula 6 pagi Khamis sempena “Nyepi” (Hari Senyap).

“Nyepi” yang bermaksud “berdiam diri” disambut oleh semua penduduk Bali yang beragama Hindu sebagai “Hari Senyap” dan Tahun Baharu mengikut kalendar Caka.



Pengarah Presiden Angkasa Pura I Faik Fahmi berkata 58 penerbangan ketibaan dan 57 penerbangan berlepas akan digantung sementara selama 24 jam, lapor Agensi Berita Antara.

Bagaimanapun, Faik berkata kakitangan di lapangan terbang bersedia untuk sebarang penerbangan kecemasan, seperti pendaratan kecemasan dan pemindahan perubatan.

Pada hari paling senyap dalam setahun itu, penganut Hindu Bali menghentikan aktiviti harian mereka dan berada di dalam rumah untuk melakukan muhasabah diri. Syarikat telekomunikasi juga mematikan khidmat data mudah alih dan sambungan Internet.

Jalan raya yang biasanya sibuk menjadi senyap, manakala pelancong pula bebas melakukan aktiviti hanya di kawasan hotel mereka.-AA



Nyepi: Lapangan Terbang Bali gantung sementara penerbangan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker