Langkah wajibkan dos penggalak agak keras tetapi perlu – pakar kesihatan

Langkah wajibkan dos penggalak agak keras tetapi perlu – pakar kesihatan

Langkah mewajibkan dos penggalak untuk seseorang yang ingin mengekalkan status lengkap vaksinasi mungkin dilihat sebagai satu tindakan yang keras, namun pakar kesihatan berkata, ia harus dilakukan.

Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, individu yang berusia 60 tahun ke atas yang masih tidak mendapatkan suntikan dos penggalak selewat-lewatnya Februari tahun depan, maka status vaksinasi akan mereka akan ditukarkan menjadi tidak lengkap. Bagi penerima vaksin Sinovac pula, ia terpakai kepada semua yang berusia 18 tahun ke atas.



Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial Azrul Mohd Khalib berkata, alasan di sebalik “perubahan peraturan” ini mesti dijelaskan kepada orang ramai.

“Tidak, ia tidak adil tetapi dasar ini adalah perlu dan mencerminkan realiti baharu dan sukar,” katanya.

“Kita berpandukan sains dan apa yang kita tahu mengenai virus itu dan variannya. Varian Omicron yang terbaru ini adalah versi yang lebih mudah menular.”

Katanya, dos penggalak kini menjadi satu keperluan memandangkan keberkesanan vaksin tertentu kelihatan semakin berkurangan berbanding yang lain.



Manakala itu Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr Koh Kar Chai menggalakkan semua penerima yang layak terus mendapatkan suntikan dos penggalak apabila ditawarkan.

“Kita percaya Menteri Kesihatan mempunyai kebimbangan yang sah kerana kesan perlindungan daripada vaksin akan berkurangan dari semasa ke semasa dan mungkin tidak cukup untuk memberi perlindungan terhadap varian baharu seperti Omicron yang mudah menular,” katanya.

Mengenai keraguan terhadap vaksin yang memperlahankan usaha pemberian dos penggalak, Koh berkata, kerajaan mesti mendidik orang ramai mengenai dos campuran itu.

“Kerajaan perlu meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan vaksin heterologous menerusi perkongsian bukti yang diiktiraf pihak berkuasa kesihatan terkemuka,” katanya.



Ketika ini, hanya vaksin dikeluarkan oleh Pfizer/BioNTech, AstraZeneca dan Sinovac diluluskan untuk penggunaan sebagai dos penggalak. Dua vaksin yang pertama itu juga diluluskan untuk digunakan kepada individu yang tidak menerimanya ketika peringkat awal vaksinasi mereka. FMT

Langkah wajibkan dos penggalak agak keras tetapi perlu – pakar kesihatan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Haris tegur Neelofa ‘headbanging’ masa dengar muzik

Pembida Harta Sajat Larikan Diri Rupa-Rupanya PA Aliff Syukri?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker