Kertas Pandora: ‘RM900 bilion tidak masuk akal’

MENTERI Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyifatkan dakwaan sejumlah RM900 bilion wang negara telah dibawa keluar secara ‘tidak telus’ seperti didedahkan Kertas Pandora adalah angka yang tidak masuk akal.

Jelasnya, jumlah tidak tepat itu diperoleh selepas beliau mengadakan perbincangan dengan agensi berkaitan.

“Saya telah ada mesyuarat dengan agensi berkaitan seperi Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan sebagainya, nombor-nombor itu tidak masuk akal.



“Sebenarnya kita ada buat kajian. Dari segi undang-undang tidak salah rakyat Malaysia ada akaun luar pesisir, kalau tidak (boleh) kita tutuplah luar pesisir Labuan.

“Malah, kalau salah dari segi undang-undang (kita boleh kenal pasti) kerana pemantauan di buat oleh BNM, Suruhanjaya Sekuriti, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan semua agensi berkaitan,” katanya dalam program Bersama Tengku Zafrul di (LHDN) di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas oleh moderator iaitu Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar mengenai sejauh mana seriusnya dakwaan Kertas Pandora dan kebenaran angka RM900 bilion yang didedahkan itu.

Sementara itu, ditanya reaksinya selepas mengetahui namanya turut tersenarai dalam Kertas Pandora yang hangat diperkatakan ketika ini, beliau mengakui tidak terperanjat.



Ini kerana katanya, pendedahan fail kewangan sulit oleh pihak Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ) itu adalah ketika dirinya masih menjadi Pengarah Kumpulan Kenanga Holdings Berhad.

“Saya tidak terperanjat sebenarnya kerana ketika itu saya adalah pengarah eksekutif di (syarikat) Kenanga. Kenanga mempunyai banyak syarikat bersekutu dalam kumpulan berkenaan.

“Jadi Kenanga ada syarikat luar pesisir juga dan tidak ada salah pun. Semua bank ada bank luar pesisir.

“Jadi selepas saya pergi ke Maybank saya sudah letak jawatan (dalam syarikat Kenanga). Saya pegang setahun setengah sahaja,” kata Tengku Zafrul.



Pendedahan Kertas Pandora yang melibatkan hampir 12 juta fail itu turut mendapati sebanyak 118 firma luar pesisir yang sebahagian besarnya didakwa melibatkan pemilik dari Malaysia.

Kertas Pandora: ‘RM900 bilion tidak masuk akal’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Ketua Pembangkang taraf menteri

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker