Endang Hyder terpaksa jual sekali lagi biola kesayangan

Pemain biola profesional, Endang Hyder yang sebelum ini tular kerana terpaksa menjual biola kesayangan untuk menampung perbelanjaan perubatan bapanya akhirnya terpaksa menjual biola itu sekali lagi untuk tujuan sama.

Endang atau nama sebenarnya, Ell Zain Hyder Zainuddin, 36, berkata, rakaman video gesekan viola yang dimuat naik di laman Twiternya pada Khamis menjadi cagaran terakhirnya sebelum menjual dua biola miliknya itu.

“Saya rasa ini adalah cagaran terakhir sebelum saya perlu meletakkan kembali kedua-dua biola untuk dijual.

“Saya melakukan perkara ini hanya untuk membantu ayah saya buat waktu ini,” katanya menerusi ciapan di Twitternya.

Pada 2020, kisah Endang yang terpaksa menjual salah satu biola kesayangannya untuk membayar bil perubatan bapanya yang kehilangan kedua-dua belah kaki akibat diabetis tersiar di media sosial dan akhbar.

Walaupun ramai dalam kalangan masyarakat yang bersimpati dan menyalurkan sumbangan serta bantuan, kekangan kewangan Endang berterusan sehingga sekarang akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir.

Untuk membayar bil perubatan bapanya, Zainuddin Mohd Ottok, 72, memilih untuk menjual salah satu biolanya walaupun bekerja keras untuk mendapatkannya.

Ibu tunggal tiga anak yang tinggal bersama ibu bapanya di Kampar, Perak itu mula bermain biola sejak berusia 10 tahun lagi dan pernah membuat persembahan di peringkat antarabangsa serta sering memuat naik persembahannya di Youtube dengan memainkan lagu-lagu saduran moden dan klasik popular.

Berikutan itu, Endang turut meminta maaf kepada dua individu yang dikenali sebagai Datuk Adnan dan Datuk Syed yang sebelum ini membeli biolanya dan kemudian memberikan semua biola itu kepadanya

Dalam ciapannya pada Januari lalu, dia juga sangat mengalu-alukan warganet yang melihat persembahan menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman sosial untuk memberi sumbangan seikhlas hati serta mengharapkan orang ramai menjemputnya untuk menghiburkan mereka.

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?

Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker