Atu beraksi tanpa Zero dalam MLM 2021

Atu beraksi tanpa Zero dalam MLM 2021

Keputusan Atu untuk beraksi tanpa kumpulan Zero dalam pentas Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) telah menimbulkan persoalan.

Hal ini kerana, dalam MLM2021 Atu memilih untuk bersama Achey dan Fad dalam kumpulan Boro, manakala Zero yang turut dianggotai oleh adik-beradik Atu iaitu Sharif serta Syaiful akan beraksi bersama Danial Zaini menerusi kumpulan Tiro.

Menafikan wujud konflik antara mereka, Sharif dan Syaiful menghormati dan tidak berkecil hati dengan keputusan adiknya Atu atau nama sebenarnya, Sharid Kunal Doli Sharif.

“Kami tidak bergaduh adik-beradik dan langsung tidak berkecil hati dengan keputusan Atu. Sebaliknya, kami menghormati dan menerima keputusan Atu untuk tidak lagi bersama kami dengan hati yang terbuka.

“Kami menyokong pembabitannya dalam MLM2021 bersama Achey dan Fad dalam kumpulan Boro. Kalau bergaduh pun hanyalah di atas pentas MLM2021 kerana sekarang kami sudah menjadi pesaing,” kata Sharif dalam sidang media MLM2021 secara virtual semalam.

Sementara itu, Sharif juga merasakan sudah tiba masanya untuk kumpulan Zero mencari kelainan bagi MLM2021 selepas bersama hampir sedekad.

“Tiada istilah berpisah atau rampas-merampas, kami hanya mahu mencuba sesuatu benda yang baru. Kalau biasanya kami dikenali sebagai Zero, tahun ini kami sebagai Tiro. Kami cukup rindu dengan pentas MLM dan hanya mahu hiburkan orang ramai,” tutur Sharif.

Sebagai rekod, Zero pernah bergelar juara MLM2014 dan sebelum ini bergelar Naib Juara program Raja Lawak musim keenam.

Program popular MLM2021 kembali bersiaran bagi tahun kesembilan selepas setahun berehat kerana memberi laluan kepada program The Masked Singer Malaysia.

Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd, Salleh, MLM2021 menampilkan lebih banyak kejutan buat penonton antaranya gabungan pelawak dalam kumpulan baharu.

Bagi edisi kesembilan, 11 buah kumpulan akan bersaing merebut gelaran juara dan membawa pulang hadiah utama bernilai RM500,000.

MLM2021 disertai oleh kumpulan Boro yang dianggotai oleh Achey, Atu dan Fad, Tiro (Danial, Sharif dan Syaiful), Puteh (Mamak, Vicha, dan Ali) 3OTAK (Phoon Chi Ho, Farid Azmier dan Parakash Daniel), R&R (Man dan Rahim), Tobat (Shuk Sahar, Bell Ngasri dan Ropie) dan Otai (Azlee, Ieda Moin dan Acong).

Selain itu, kumpulan Orix (Yassin, Abu Mamu dan Achok), Cawan (Aliff, Wan Gegau dan Che Mat), Bahye (Zahid, Nizam dan Shashic) serta Taici (Chiwan, Tapai dan Ilham).

Seperti kelaziman, Datuk AC Mizal diberi tanggungjawab untuk mengendalikan program ini buat kali kesembilan.

Lebih menarik, penjurian MLM2021 agak berbeza apabila diperkenalkan karakter juri misteri atau Naga Juri yang merupakan salah seorang daripada empat juri tetap.

Sama seperti musim terdahulu juri tetap hanya akan diumumkan pada siaran langsung minggu pertama MLM2021 yang akan mula bersiaran dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 15 Oktober ini.

MLM2021 bersiaran setiap Jumaat pukul 9 malam di Astro Warna (Astro 107) dan semua platform Astro Go dan On Demand. K Online

Atu beraksi tanpa Zero dalam MLM 2021


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pasangan 50 tahun ke atas lebih nikmat hubungan intim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker