MyBrain kembali, dijenama sebagai MyBrain 2.0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperkenalkan semula program MyBrain semula tahun depan, dikenali sebagai MyBrain 2.0.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata seramai 500 penerima biasiswa akan menyertai MyBrain 2.0 setiap tahun dengan peruntukan tahunan RM20 juta.

Katanya, penerima program itu adalah dalam kalangan orang awam yang tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap termasuk pensyarah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).



Katanya, program yang dijenamakan semula daripada MYBrain15 itu diperkenalkan pada 2011 sebelum dihentikan pada 2016.

“Program MyBrain 2.0 diperkukuh menerusi aspek cakupan dan pelaksanaan termasuk pengemasan kontrak bagi mengelak pelanggaran terma penajaan oleh penerima biasiswa.

“Sejumlah RM20 juta diperuntukkan setiap tahun bagi ambilan khususnya dalam bidang kompetitif seperti Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di pelbagai peringkat.

“Biasiswa MyBrain 2.0 boleh dimohon oleh mereka yang layak bermula Januari tahun depan,” katanya berucap sempena Majlis Pelancaran MyBrain 2.0 dan penyampaian surat tawaran penajaan 2023 di KPT, hari ini.



Beliau berkata, tajaan biasiswa MyBrainScience difokuskan untuk bidang Sains Tulen (Fizik, Matematik, Kimia dan Biologi) bagi pelbagai peringkat pengajian dari Ijazah Pertama hingga PhD di universiti dalam dan luar negara.

Mohamed Khaled berkata, beberapa penambahan baharu turut dilaksanakan bagi memastikan pelajar tajaan menamatkan program, memberi pilihan kepada pelajar memilih tempat pengajian di IPTA dan IPTS tempatan, selain elaun sara hidup RM1,000 sebulan sepanjang pengajian.

Katanya, pemilihan pelajar akan melalui tapisan kelayakan akademik lebih ketat dan mewajibkan sesi temuduga bagi pelajar baharu.

“Prestasi pelajar akan dipantau menerusi Sistem Biasiswa Bersepadu (SBB) yang membolehkan mereka memuat naik laporan kemajuan dalam talian manakala penilaian kemajuan pelajar dilaksanakan secara sistematik.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein



Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa

Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha



Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker