Roslan Shah dakwa insiden rebah bukan gimik

Artis serba boleh, Roslan Shah, 50, menafikan insiden rebah ketika siaran langsung program Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 sebagai gimik atau strategi pemasaran melonjakkan nama.

Baginya, dia tidak sanggup memperjudikan soal nyawa dan kesihatan demi melakukan penipuan atau gimik tidak masuk akal.

“Saya belum ‘gila’ nak reka gimik yang meraih perhatian bersifat sementara.

“Memang nama saya tidak sebesar artis lain, tetapi tidak bermakna saya sanggup melakukan gimik pengsan ketika siaran langsung program WHI.

“Saya sendiri tidak terfikir video ini akan tular. Ketika video ini hangat diperkatakan, saya dihantar ke Hospital Sungai Buloh selepas doktor panel di Sri Pentas mendapati tekanan darah saya tinggi,” katanya kepada BH Online.

Roslan atau nama sebenarnya, Roslan Udin berkata, dia sedar ramai yang mula bercakap-cakap dan menganggapnya melakukan gimik.

“Tak timbul istilah saya buat-buat pitam dalam program WHI. Andai kata saya nak buat gimik untuk menjual produk, tetapi produk apa yang saya ada.

“Jika buat gimik untuk diri sendiri, apalah sangat yang saya dapat? Tiada juga istilah saya dibayar pihak tertentu termasuk stesen TV.

“Insiden berlaku saya sendiri tak jangka. Bagi saya, soal sakit dan maut bukan perkara main-main.

“Duit masuk hospital pun saya bayar sendiri,” katanya.

Pengacara, pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura itu berkata, dia tidak mampu menutup mulut netizen yang menganggapnya bersandiwara.

“Mulut netizen tak perlulah ambil kisah. Mereka tiada di tempat saya, jadi bolehlah cakap apa sahaja.

Roslan Shah rebah di siaran langsung WHI

“Saya pun malu tiba-tiba pitam ketika sedang siaran langsung. Satu Malaysia tengok saya rebah dari kerusi, memang malu,” katanya.

Penyanyi lagu Ek Eleh itu berkata, dia bersyukur diberi tubuh badan dan kesihatan yang baik tanpa penyakit kronik selama ini.

“Keadaan saya semakin stabil. Saya hanya dirawat satu malam sahaja selepas doktor panel di Sri Pentas mencadangkan saya dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

“Saya keluar hospital, jam 10 pagi tadi (semalam). Saya baru tahu tekanan darah saya mencapai bacaan sampai 220 menerusi insiden. Sebelum ini, saya memang tiada penyakit darah tinggi.

“Saya lega keluar awal kerana takut juga. Kita tahu Hospital Sungai Buloh merawat pesakit COVID-19.

“Bimbang pula penyakit lain yang dapat. Alhamdulillah, ujian saringan COVID-19 dibuat di hospital menunjukkan keputusan negatif seperti sehari sebelum hadir ke studio WHI,” katanya.

Roslan berkata, doktor menasihatkannya berehat selama beberapa hari sebelum kembali aktif.

“Saya nak berehat di rumah dahulu. Tak pasti berapa lama, tengok keadaan kesihatan saya nanti,” katanya.

Terdahulu, video memaparkan Roslan tiba-tiba jatuh dari kerusi ketika diwawancara pengacara WHI, Fatin Hamimah dan Hawa Rizwana tular, kelmarin.

Program mengetengahkan topik Si Mulut Tempayan itu turut menampilkan Pegawai Psikologi (Kaunseling) Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, Nurul Hidayah Mat Sarip sebagai panel jemputan.

Roslan Shah dakwa insiden rebah bukan gimik


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)

PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker