PRN Johor : PN Sediakan Ikrar Tanpa Panduan, Ulangi Janji Sama PRU-14



Oleh Leftenan Adnan

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan Ikrar PN Untuk Johor, manifesto gabungan itu untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan slogan ‘Demi Bangsa Johor’.

Muhyiddin berkata, PN menyediakan Ikrar berteraskan lapan tunjang utama. Lapan tunjang utama yang menjadi fokus PN itu ialah kepemimpinan berintegriti dan bebas, keutuhan ekonomi Johor, keutamaan tangani kos sara hidup, keprihatinan kepada rakyat, kesejahteraan sosial, kecekapan infrastruktur, merancakkan sektor pelancongan dan kelestarian alam sekitar.

“Pentadbiran kerajaan negeri yang bersih dan cekap mestilah ditunjangi oleh kepemimpinan yang berintegriti dan bebas rasuah.”

“Oleh itu, PN akan membentuk kerajaan yang sentiasa mendukung pemimpin berintegriti, bebas rasuah dan menolak penyalahgunaan kuasa.”




“Selain itu, kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan negeri juga akan dipertingkatkan melalui pemerkasaan tadbir urus agensi dan syarikat milik kerajaan negeri.”

“Ini merangkumi usaha menyusun semula syarikat bagi mengoptimumkan penjanaan keuntungan dan mengoptimumkan pendigitalan perkhidmatan awam negeri, termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.



Leave a Reply

Your email address will not be published.