Warga emas nyaris dipatuk ular tedung selar

SUNGAI PETANI: Seorang warga emas, Azizah Awang, 68, nyaris dipatuk seekor ular tedung selar yang berlingkar di bawah sebuah almari dapur rumahnya di Kampung Sungkup, Bukit Selambau di sini hari ini.

Ular tedung sepanjang tiga meter dan seberat tujuh kilogram itu bersembunyi di bawah almari tersebut untuk bersalin kulit.

Anak saudara warga emas itu, Mohd. Zamri Shaari, 37, berkata, emak saudaranya itu menemukan ular tersebut ketika berada di dapur rumahnya pada pukul 7.30 pagi.



Katanya, ular itu turut mengeluarkan bunyi apabila menyedari kehadiran emak saudaranya.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan oleh emak saudara saya mengenai seekor ular tedung selar berada di dapur rumahnya dan saya kemudian menghubungi Angkatan Pertahanan Malaysdia (APM) daerah Kuala Muda dan tiba kira-kira pukul 7.30 pagi.

“Ular berbisa itu dapat ditangkap kira-kira pukul 8 pagi,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, anggota APM yang tiba di rumah tersebut mendapati ular tedung selar itu masih berada di bawah almari di dapur.



Katanya, reptilia itu itu didapati bertindak agresif kerana baru selesai bersalin kulit.

Menurutnya, ular tersebut dibawa pulang ke rumah haiwan APM di Taman Jubli Perak di sini sebelum diserah kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya

Warga emas nyaris dipatuk ular tedung selar


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin



Zul Yahya bodohkan KJ (Video)

PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker