EAIC sepatutnya tidak berada ‘bawah telunjuk’ KDN

Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) menggesa Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dapat menjadi badan bebas selepas pihaknya mengumumkan tidak dapat mengesahkan dakwaan kewujudan “kartel” dalam pasukan polis.

Minggu lalu, EAIC membuat kesimpulan bahawa kewujudan kartel sedemikian tidak dapat disahkan.

Lembaga Pesuruhjaya EAIC juga berkata bekas ketua polis negara Abdul Hamid Bador telah gagal mengemukakan bukti untuk menyokong dakwaannya dan telah “hilang haknya” untuk mengulas mengenai isu itu.



Hamid (gambar, bawah) telah mendedahkan kewujudan kartel sedemikian pada Mac 2021 menjelang persaraannya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Patriot Zulkifli Mohamed yang juga seorang pesara polis mempersoalkan penemuan EAIC.

“Kami mendapati sukar untuk mempercayai kenyataan baru-baru ini yang dibuat oleh EAIC yang mengisytiharkan bahawa tidak ada bukti ‘kartel polis’ wujud dalam pasukan polis.

“Imej dan reputasi pasukan polis boleh terjejas dan memandangkan perkara semakin mendapat perhatian orang ramai, Patriot menuntut ketelusan, akauntabiliti dan kebenaran,” katanya pada satu kenyataan malam tadi.



Zulkifli turut menggesa suruhanjaya itu dikeluarkan daripada bidang kuasa KDN dan “bebas sepenuhnya”.

“Mungkin pendekatan bijak dan betul adalah yang pertama, memastikan suruhanjaya itu sebagai bebas sepenuhnya dan dipertanggungjawabkan kepada jawatankuasa parlimen.

“Ia tidak boleh berada di bawah telunjuk mana-mana ahli politik yang berkhidmat sebagai menteri yang mempengerusikan pasukan polis.

“Ini boleh menjadi perjalanan dalam memulihkan maruah imej pasukan yang telah lama menderita, memotivasikan pegawai dan kakitangan yang setia dan berdedikasi yang masih berkhidmat dan menanamkan rasa bangga kepada mereka yang sudah bersara,” usul bekas timbalan pesuruhjaya polis itu.



Tahun lalu, Hamid mendakwa sekumpulan pegawai polis yang lebih muda berkomplot untuk menggulingkannya dan mengetuai pasukan itu untuk kepentingan peribadi mereka.

‘KDN campur tangan’

Tiga hari sebelum bersara sebagai KPN, dia turut mendedahkan lebih banyak dakwaan mengejutkan termasuk bagaimana Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin telah campur tangan dalam cara pasukan polis dikendalikan.

Hamid seterusnya mendakwa Hamzah cuba untuk meletakkan pegawai yang sependapat dengannya untuk jawatan penting dalam pasukan itu.



Sebagai respon, kerajaan meminta EAIC untuk menyiasat dakwaan tersebut. Polis berjanji tidak akan campur tangan.

Kementerian diterajui Hamzah itu telah menolak dakwaan berkenaan walaupun sebelum EAIC mengumumkan penemuannya.

Sejak EAIC mengumumkan penemuannya pada 22 Feb lalu, Hamid tegas mempertahankan dakwaannya.


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin



Zul Yahya bodohkan KJ (Video)

PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker