Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin
Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata dia telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar surat saman kepada Pengerusi Pejuang, Dr Mahathir Mohamad dan Pengerusi Bersatu, Muhyiddin Yassin.
Katanya, individu yang mendakwa dia berbohong mengenai saman berkenaan boleh membuat semakan kepada kedua-dua pemimpin berkenaan, lapor Utusan Malaysia.
“Saya telah mengarahkan peguam saya untuk hantar letter of demand (LOD) atau surat saman kepada Muhyiddin dan Tun Mahathir.
“Dua surat saman dihantar minggu lepas dan jika individu katakan bahawa saya tidak menghantar, maka peguam saya telah menghantar surat itu dari firma guamannya.
“Saya minta orang itu tanya sendiri kepada dua pemimpin itu sama ada saya bohong atau sudah terima LOD,” ujarnya kepada pemberita selepas program Presiden Umno bersama Calon Parit Raja.
Ahmad Zahid diminta mengulas mengenai hantaran seorang individu di media sosial yang mendakwa dia berbohong dan sanggup menjadi saksi bagi pihak Dr Mahathir sekiranya kes itu dibawa ke mahkamah.
Minggu lalu, Ahmad Zahid menuntut Dr Mahathir memohon maaf atas tuduhan dia meminta bantuan bekas Perdana Menteri itu bagi menghentikan siasatan kes rasuah terhadap dirinya.
Pengerusi Pejuang itu mendakwa, Ahmad Zahid bertemunya ketika ada ura-ura dia akan menjadi Perdana Menteri.
Selain itu, Muhyiddin pula sebelum ini mendakwa Ahmad Zahid pernah bertemunya untuk meminta campur tangan dalam kes mahkamah yang dihadapi presiden Umno itu.
Bagaimanapun Ahmad Zahid menafikan dakwaan itu.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menafikan pernah mengeluarkan hantaran di media sosial bahawa dia akan melakukan sumpah laknat di Masjid Pagoh.
Dia sebaliknya meminta mana-mana pemimpin untuk tampil menyatakan perkara sebenar dan tidak menggunakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai medan memburukkan individu.
“Taktik lama (burukkan individu) telah ditolak oleh rakyat, jangan guna kaedah lama untuk tundukkan pihak musuh,” jelasnya.
Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin
Baca Artikel Menarik:
- KPM beri pilihan sekolah jalankan PdPR – Alamin
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hibah Tabung Haji Mengecewakan, Tiada Lagi Agenda Memperkasa Ekonomi Ummah – Najib Razak
Mahathir disenarai pemimpin no. 6 terkaya di dunia dengan kekayaan RM188 billion
You must be logged in to post a comment.