Pelakon Aaron Aziz Pula Positif COVID-19

Pelakon Aaron Aziz Pula Positif COVID-19

Aktor popular, Datuk Aaron Aziz mengesahkannya positif COVID-19.

Pengumuman dibuat Aaron yang juga pemegang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2013 itu menerusi hantaran dalam akaun Instagram (IG), pagi tadi.

Menerusi hantaran dimuat naik yang memaparkan video alat ujian saringan kendiri COVID-19 menunjukkan keputusan positif dan dilatari bacaan ayat suci al-Quran.



“Selepas pelakon lain kena, hari ini, saya pula kena.

Aaron memuat naik video alat ujian saringan kendiri COVID-19 yang menunjukkan keputusan positif dan dilatari bacaan ayat suci al-Quran. – Foto IG Aaron Aziz

Sementara itu, isteri Aaron, Datin Diyana Halik ketika dihubungi BH Online, memaklumkan keadaan suaminya stabil dan tidak menunjukkan sebarang gejala yang membimbangkan.

“Alhamdulillah, setakat ini, suami tidak menunjukkan sebarang gejala dan kini menjalani kuarantin kendiri di rumah.



“Berdasarkan keputusan kit ujian kendiri positif, namun, kami masih menanti keputusan ujian dibuat menerusi kaedah Ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) yang akan keluar esok,” katanya kepada BH Online.

Diyana berkata, dia dan anak-anaknya disahkan negatif selepas menjalani ujian saringan kendiri.

“Buat masa ini, kami didapati negatif. Insya-Allah, doakan kami,” ungkapnya.

Perkongsian dibuat pelakon yang sedang hangat diperkatakan menerusi drama Suamiku Seorang Pendosa itu turut mendapat perhatian pengikut dan rakan artis.



Antaranya, Puan Sri Tiara Jacquelina, Alif Satar, Datin Elvina Mahamad dan Siti Elizad.

Rata-rata mendoakan semoga Aaron tabah menghadapi ujian dan diberikan kesembuhan segera-BH

Pelakon Aaron Aziz Pula Positif COVID-19

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker