Rata-Rata Pekerja Bimbang Dijangkiti Covid-19

Rata-Rata Pekerja Bimbang Dijangkiti Covid-19

Rata-rata pekerja berharap majikan membenarkan mereka bekerja dari rumah ekoran peningkatan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Mereka yang perlu ke pejabat khuatir mudah dijangkiti dengan varian Omicron yang sudah diketahui amat mudah merebak dan menambahkan lagi jumlah kes positif yang kini sudah melebihi 30,000 kes harian.

Seorang pekerja swasta, Susilawati Mardi, 36, berkata, bekerja dari rumah adalah alternatif terbaik bagi memastikan pekerja yang terdedah dengan persekitaran luar tidak menjadi pembawa virus ke rumah.

“Saya risau jika berisiko membawa wabak balik ke rumah. Anak-anak masih kecil dan tidak layak menerima vaksin lagi manakala ibu bapa merupakan golongan yang berisiko,” katanya.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Khamis mengumumkan individu berumur 18 tahun ke atas yang telah menerima dos penggalak dan menjadi kontak rapat pesakit Covid-19 tidak perlu lagi menjalani Perintah Pemantauan dan Pemerhatian (HSO) sekiranya tidak bergejala.

Ujarnya, protokol itu berkuatkuasa 1 Mac depan namun individu tersebut perlu menjalani ujian RTK kendiri pada hari pertama dan ketiga dari tarikh akhir pendedahan kepada kes indeks.

Sementara itu, seorang penjawat awam, Norhazira Mat Yunus, 42, berkata, sekiranya majikan sukar melaksanakan dasar bekerja dari rumah, sistem penggiliran pekerja boleh dilakukan.

“Selain mengatur sistem penggiliran pekerja, majikan juga perlu sediakan kit ujian kendiri Covid-19 bagi memastikan persekitaran kerja yang lebih selamat.

“Sejak varian Omicron melanda negara, mereka yang positif sukar dikenal pasti kerana ada yang tidak mempunyai simptom. Justeru bagi memastikan pekerja tidak mudah terdedah, majikan diharap dapat melaksanakan semula bekerja dari rumah selain menyediakan kit ujian Covid-19 di pejabat,” ujarnya.

Berlainan pula bagi seorang kru penggambaran filem, Mohd Fazrul Izwan Zainal Azeman, 37, yang mencadangkan supaya pekerja yang bertugas di dalam pejabat sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang disarankan KKM bagi memastikan mereka tidak dijangkiti Covid-19.

Norhazira, Mohd Fazrul Izwan, Mohd Ikhwan

Katanya, tidak semua bidang pekerjaan perlu bekerja dari rumah namun menyarankan ‘orang pejabat’ mengimplementasikan prosedur berkenaan.

“Oleh kerana norma pekerjaan kami yang perlu mengadakan penggambaran di merata tempat, pihak produksi perlu menyediakan kit ujian kendiri Covid-19 kepada kru. Jangan pula minta kami beli sendiri, akan bertambah beban kepada pekerja nanti,” ujarnya.

Dalam pada itu, pekerja swasta, Mohd Ikhwan Abdullah turut mendesak majikan membenarkan kaedah bekerja dari rumah secara penggiliran ekoran bimbang tahap kebolehjangkitan Covid-19 kepada anak-anak yang belum disuntik vaksin.

Katanya, ibu bapa juga rasa terbeban kerana perlu mengeluarkan belanja untuk membeli kit ujian kendiri setiap tiga hari sekali bagi memastikan diri mereka selamat daripada virus berkenaan.

“Saya perlu menyediakan pembelanjaan tambahan untuk membeli stok test kit buat keluarga setiap minggu memandangkan pekerjaan saya perlu ke kawasan tumpuan orang ramai untuk berjumpa pelanggan.

“Selain perlu menyediakan belanja tambahan, saya khuatir akan menjadi pembawa gejala Covid-19 kepada anak-anak dan ibu bapa yang tinggal serumah dengan saya. Ini merisikokan keselamatan kami,” katanya.

Bagi seorang peniaga, Muhammad Syazwan Khairudin, 30, majikan perlu prihatin dengan keadaan semasa sekali gus mencari alternatif bagi memastikan staf boleh laksanakan pekerjaan dengan efisien walaupun beroperasi dari rumah.

Sebagai majikan katanya, kebimbangan pekerja terhadap risiko penyebaran Covid-19 perlu diambil kira agar tidak terbeban dengan masalah kesihatan.

“Sebagai majikan, kita perlu prihatin terhadap kebimbangan mereka,” ujarnya.-SH

Rata-Rata Pekerja Bimbang Dijangkiti Covid-19

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Encik Sajat kini wanita sah di Australia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker