Perlumbaan F1 di Rusia dibatalkan

HAK penganjuran perlumbaan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) di Litar Sochi, Rusia ditarik semula berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Kalender F1 musim 2022 sebelum ini menyaksikan GP Rusia dijadualkan di di Litar Sochi menjadi perlumbaan ke-17 yang berlangsung pada 25 September depan.

“Kami memantau dengan teliti perkembangan semasa di Ukraine dengan perasaan sedih dan terkejut. Kami mengharapkan penyelesaian segera dan aman terhadap situasi sekarang.



“F1, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan semua pasukan telah membincangkan kedudukan sukan kami, dan kesimpulannya adalah mustahil untuk mengadakan Grand Prix Rusia dalam situasi semasa,” kata F1 dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, juara dunia empat kali Sebastian Vettel ketika sidang akhbar memberitahu dia tidak akan mengambil bahagian dalam GP Rusia jika perlumbaan itu diteruskan di negara tersebut.

Juara dunia Max Verstappen juga senada menambah menganjurkan perlumbaan di negara yang sedang berperang merupakan tindakan kurang bijak.

Perkembangan terkini itu menyaksikan kalendar F1 dikurangkan kepada 22 perlumbaan daripada 23 pusingan yang dirancang sebelum ini.



Perlumbaan F1 di Rusia dibatalkan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hibah Tabung Haji Mengecewakan, Tiada Lagi Agenda Memperkasa Ekonomi Ummah – Najib Razak



Mahathir disenarai pemimpin no. 6 terkaya di dunia dengan kekayaan RM188 billion

Kenyataan Media BNM amat mengejutkan Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker