Covid-19: PKRC MAEPS Serdang Terima Pesakit Pertama [VIDEO]

Covid-19: PKRC MAEPS Serdang Terima Pesakit Pertama [VIDEO]

Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Zon Wilayah Tengah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) menerima kes pertama jam 4.50 petang semalam.

Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Datin Paduka Dr Rohana Johan berkata, PKRC tersebut dibuka secara berperingkat dengan permulaan sebanyak 100 katil.

“Untuk makluman, PKRC Zon Wilayah Tengah (ZWT) di MAEPS telah menerima kes Covid-19 pertama sekitar 4.50 petang tadi.“PKRC ZWT dibuka secara berperingkat bermula dengan 100 katil dan akan ditambah ke 850 katil sekiranya diperlukan,” katanya dalam satu hantaran pada Jumaat.



Sementara itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pembukaan semula PKRC di MAEPS bukan petanda penularan kes berada pada tahap serius di negara ini.

Jelasnya, keputusan itu diambil untuk meringankan beban hospital awam sekali gus berupaya menangani kes-kes selain Covid-19.

Tambah beliau, katil-katil di hospital akan berkurangan akibat kemasukan pesakit Covid-19 yang semakin meningkat.

“Pesakit hanya dapat tahu dijangkiti Covid-19 ketika mahu mendapatkan rawatan di hospital tanpa ada sebarang simptom. Ini sudah semestinya memerlukan pengurusan katil kerana dia perlu diasingkan terlebih dahulu di wad.



“Justeru, kalau boleh kita mahu dia diasingkan terlebih dahulu dan dalam masa yang sama hospital mempunyai fleksibiliti untuk rawatan penyakit lain.

Kita mahu jaga kapasiti hospital dan pembukaan MAEPS bukan tanda lampu merah kes di negara ini. Ini untuk elakkan kesesakan di hospital,” katanya.-SH

Covid-19: PKRC MAEPS Serdang Terima Pesakit Pertama [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19



Dakwaan petunjuk baharu MH370



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker