Mangsa Terakhir Tragedi Kepala Air Di Yan Meninggal Dunia

Mangsa Terakhir Tragedi Kepala Air Di Yan Meninggal Dunia

ALOR SETAR – Abdullah Morad, yang terselamat semasa tragedi kepala air di Yan pada 18 Ogos 2021 lalu, akhirnya meninggal dunia di rumahnya Taman Murni, Seberang Jalan Putra pada pukul 3.30 pagi semalam.

Menurut menantunya, Mohd. Muaz Idris, 32, selepas terselamat daripada tragedi itu, kea­daan bapanya yang merupakan Pengarah Kemas Perlis itu agak trauma terutamanya semasa mendengar hujan dan guruh ke­rana mengingati peristiwa lalu.

Katanya, selepas kejadian itu, keadaan fizikanya tidak begitu sihat kerana menghadapi masalah untuk berjalan hingga terpaksa meminta pertolongan untuk berdiri.

“Oleh kerana kakinya sukar untuk berjalan, kami membawa­nya ke Kedah Medical Centre (KMC) untuk rawatan dan doktor telah mengesahkan bahawa urat besar kaki kirinya telah putus,” jelasnya.

Bagaimanapun, sejak ­Januari 2022, Mohd. Muaz berkata, keadaan kesihatan bapanya itu semakin merosot hingga tidak boleh berjalan lagi.

“Kesihatannya semakin tenat, kami bawanya pulang dengan bergantung kepada alat bantuan pernafasan hinggalah dia menghembuskan nafas terakhir pada pagi tadi (semalam),” katanya.

Pada 18 Ogos 2021 Abdullah dan abangnya Zainol berada di Titi Hayun, Yan menjadi mangsa kejadian kepala air, namun Abdullah berjaya diselamatkan, manakala abangnya meninggal dunia.-KO

Mangsa Terakhir Tragedi Kepala Air Di Yan Meninggal Dunia

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker