Warga Emas Dikhuatiri Lemas Ketika Alih Sampan

Warga Emas Dikhuatiri Lemas Ketika Alih Sampan

KUALA KRAI: Seorang warga emas dikhuatiri lemas selepas dipercayai ke Pengkalan Lan, Sungai Galas, Kampung Kuala Gris untuk mengalih sampannya, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, Muhammad Ishak, 70, didakwa ke pengkalan berkenaan pada jam 5 petang untuk mengikat sampan miliknya akibat air naik namun selepas dua jam, dia masih belum pulang.



Suzaimi berkata, pihaknya menerima laporan daripada anak mangsa iaitu Ahmad Azhari Mohamad pada jam 10.10 malam Jumaat.
“Pada jam 7.30 malam, anaknya ke pengkalan tersebut dan mendapati motosikal dan barang-barang milik ayahnya seperti selipar juga masih berada di tepi sungai namun mangsa tiada,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Menurutnya, mangsa juga difahamkan mempunyai komplikasi jantung dan baharu sahaja keluar dari hospital hujung tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Penguasa Bomba Nurul Alfisyahrin Mhd Zaki berkata, selepas menerima panggilan jam 8.40 pagi, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang terdiri daripada anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Pengkalan Kubor dan Pengkalan Chepa digerakkan ke lokasi tersebut.

Katanya, Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) berkenaan juga turut melibatkan khidmat unit anjing pengesan (K9) JBPM.

Beliau berkata, operasi semasa ketika ini adalah secara ‘water surface rescue‘ bersama penduduk sekitar kampung berkenaan.-SH



Warga Emas Dikhuatiri Lemas Ketika Alih Sampan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19



Dakwaan petunjuk baharu MH370

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker